Ramai orang ajak menyimpan dan melabur dalam emas. Macam-macam program emas ada diluar sana. Mereka yang ajak sertai bersama mereka kata pelaburan emas ni menguntungkan. Banyak buku pelaburan emas pun kata macam tu. Kenapa nak kata pelaburan emas ni mengarut pula? Ada beberapa fakta menarik yang menyokong realiti ini.
Bagaimana cara mendapat untung daripada pelaburan emas paling mudah?
Langkah 1: Pergi kedai emas atau jumpa penjual emas.
Langkah 2: Beli emas sama ada dalam bentuk perhiasan wanita atau bar.
Langkah 3: Pakai emas atau simpan emas di rumah atau di mana2 tempat penyimpanan emas.
Langkah 4: Tunggu sehingga harga jualan emas naik melebihi harga belian dulu.
Langkah 5: Jual emas tersebut dan anda akan dapat wang yang lebih banyak dari anda mula2 beli emas tersebut.
Bermakna kita perlu beli, kemudian simpan. Kalau nak buat pelaburan jangka panjang contohnya untuk persaraan, kita beli kemudian simpan dan ulang-ulang sampai pencen nanti kita baru jual. Sepanjang tempoh sebelum pencen tu tak dapat apa lah kan. Tak macam simpan di kwsp ke ASB ke yang dapat dividen setiap tahun, walaupun sedikit, sekurang-kurangnya dapatlah juga. Cuma boleh rasa bangga kita ada simpan banyak emas je lah. Dibuatnya masa pencen tu harga emas jatuh, tak berbaloilah bertahun-tahun menyimpan emas tu.
Kita selalu dengar cerita harga emas akan meningkat pada masa akan datang dan digalakkan membeli emas masa sekarang untuk peroleh keuntungan masa itu nanti. Kalau orang perempuan beli emas perhiasan boleh juga nak bergaya dan berhias dengan emas tu. Kalau beli emas syiling dan bar, apa yang kita boleh buat dengan barang ini? Dulu sebelum zaman emas tersontot, masa zaman emas tengah hot, selalu juga dengar orang buat gold bar ni untuk sendal pintu. Orang kaya boleh la beli sendal pintu daripada emas. Yang macam saya ni beli sendal pintu yang biasa je lah.
Adakah semua orang yang buat simpanan dan pelaburan emas ini ada buat simpanan takaful? Nanti simpan emas tiap-tiap bulan, bila sakit kena jual lah emas tu untuk tanggung kos rawatan. Dibuatnya masih tak cukup macam mana? Tak payah ceritalah pasal simpan emas kalau masih tak ada simpanan takaful.
Kalau pelaburan hartanah, rumah yang dibeli tu boleh kita duduk atau disewakan. Kalau beli emas bar tu, selain jadi sendal pintu, tak tahulah apa fungsi dia. Kalau untuk orang perempuan, emas ni boleh jadi perhiasan. Kalau orang lelaki memang tak boleh pakai langsung, sebab haram. Jadi kita beli hanya untuk jadi beban sahajalah. Beli emas untuk syok diri sendiri. Padahal duit yang diguna untuk beli emas tu boleh beri manafaat pada orang ramai kalau dilaburkan ketempat lain.
Melabur dalam emas. Anda beli emas, kemudian anda simpan sorang-sorang dan manafaatnya anda peroleh seorang diri. Pelaburan saham contohnya. Anda beli saham di sesebuah syarikat. Syarikat itu dapat guna duit anda untuk memajukan syarikat dan membuat keuntungan. Ramai orang dapat manafaat hasil duit yang kita laburkan itu.
Yang betul-betul buat untung sebenar dalam pelaburan emas ini adalah penjual emas. Mereka perlu galakkan orang membeli emas supaya mereka akan dapat terus menjual dan mengaut untung. Mereka menggunakan teknik manipulasi kata-kata untuk kelirukan orang ramai. Mereka ajak melabur emas, sedangkan sebenarnya mereka ajak jadi penjual emas. Sebab yang untung bukan melabur emas, yang untung adalah menjual emas. Mereka tak bagitahu pun, sesiapa yang beli dan simpan emas akan rugi. Beli dan jual emas pada orang lain baru akan untung. Bukan untung pada pembeli tu, tapi untung pada siapa yang menjual.
Mereka gunakan agama untuk pengaruhi orang membeli emas. Menggunakan perkataan inflasi untuk takut-takutkan orang. Kata duit yang kita guna ni bakal tak laku. Zaman akan datang agaknya orang pakai kad je, tak payah bawa duit dah, bayar barang yang dibeli pakai emas lagi lah tak. Duit kalau disandarkan dengan emas, silap-silap dalam sehari je harga dah mencanak-canak naik, dan mencanak-canak jatuh. Bertambah tak stabillah nilai duit.
Sekarang banyak program berkaitan emas. Disebabkan ramai orang terpengaruh pasal peralaburan emas yang kononnya menguntungkan, banyaklah pihak yang cuba ambil kesempatan.
Kesimpulan. Kenapa perlu beli barang yang tak berguna hanya semata-mata untuk menjamu mata melihat warnanya yang berkilau kemudian tunggu harganya naik? Adakah beli emas setiap bulan lebih baik daripada bayar bulanan rumah? Adakah lebih baik daripada bayar sumbangan takaful? Adakah lebih baik daripada menyimpan di asb? Adakah lebih baik daripada gunakan untuk berniaga?
Adakah anda setuju pelaburan emas ini mengarut? Mohon beri komen yang membantu dan membina. 🙂
in Blog
Jan31