Back to top

Feb10

Ber-OP bersama Puan June Mohd Som

Alhamdulillah, ada aktiviti yang bermanafaat saya sertai di hari cuti hujung minggu ini. Dapat pula berjumpa secara life orang-orang hebat dari pelbagai bidang perniagaan yang selalu muncul dalam newsfeed Fb saya. Yang paling penting, dapat jumpa dan timba ilmu dengan Cikgu June yang fofuler di FB tu.. 

 

Saya mula terjebak dengan Facebook sudah lama juga. Sejak zaman friendster dan Myspace. Masa itu mejoriti rakan-rakan menggunakan friendster. Facebook ni macam terlalu terbuka sangat, senang nak viral, satu dunia boleh tahu kalau kita like atau komen. Tapi sekarang macam itu lah yang orang suka.

 

Sekarang boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Saya suka add orang-orang yang ada kepakaran berkaitan dengan bidang yang saya ceburi, yang ada usahakan perniagaan dan perkhidmatan yang boleh jadikan rujukan dan contoh, yang beri input yang baik untuk kehidupan kita. Memang saya banyak gunakan Facebook untuk belajar daripada orang lain. Dalam masa yang sama dapat merasai saat suka duka serta melihat hasil dan kejayaan yang mereka perolehi. Secara tidak langsung ia menjadi bahan vitamin motivasi untuk diri saya.

 

Salah seorang yang saya kagumi di Facebook adalah Cikgu June. Nota Dato’ Roslan Ab Hamid : Lelaki Tua Berkain Pelikat, yang dikarang dan di post semula oleh Cikgu June adalah antara nota di FB beliau yang saya mula perasan yang Cikgu June sedang meningkat popular. Beliau menggunakan sebaik mungkin dinding muka buku yang telah disediakan mark zuckerberg. Dengan startegi online positioning yang diatur, beliau telah berjaya menjadi top affiliate dalam beberapa program yang beliau sertai. Kini sudah ramai yang menuntut ilmu menadah gelas kosong didalam kelas-kelas yang beliau anjurkan.

 

Seminar Online Positioning ini memfokuskan pada cara meningkatkan Visibiliti, Autoriti dan Kredibiliti sebagai orang bisnes bagi membesarkan pengaruh di media facebook. Ada bahagian teknikal dan lebih banyak kepada ilmu common sense yang kita terlepas pandang.

 

 

Banyaknya kerja sekolah yang cikgu bagi..

Banyaknya kerja sekolah yang cikgu bagi..

 

Boleh dikatakan yang sertai kelas ini semuanya memang Ohsem-Ohsem sangat.. Jauh ketinggalan pencapaian diri ini berbanding mereka.. Tapi jangan mudah putus asa Sul.. Walaupun jalan dihadapanmu itu tidak secantik di lebuhraya.. Kemon la, U ken du it.. Sentiasa mohon kekuatan daripada Nya.. Dah berapa banyak bantuan tak disangka-sangka yang telah kau terima saat kau memang sangat-sangat berada dalam kesulitan? Bersyukurlah.. dan istiqmah laksana perintahnya sebaik mungkin..  Bila Dia berkenan, Dia boleh beri apa sahaja yang kau impikan.

 

Terimakasih buat Cikgu June Mohd Som. Walaupun hanya satu gekas kosong yang ditadah, tujuh lautan yang Cikgu berikan..

 

#Nota kaki yang tiada kaitan pun dengan sarung kaki: Kad Perubatan Takaful Peribadi hanya boleh dimohon ketika sihat. Gunakan peluang kesihatan yang diberi sebelum ianya hilang. SenyumCiket 🙂

in Blog

Dapatkan Update Terkini!

Isi alamat emel anda disini, dapat saya update selalu nanti.

Blog Dunia Saya : kategori

  • Buku
  • Hartanah
  • Seminar
  • Unit amanah
  • Takaful
  • ASB
  • Cherite Bezs
  • I’m Life Planner
  • Jalan-jalan
  • Lagu Pilihan
  • Pelaburan Unit Amanah
  • Penyakit kritikal
  • Perlindungan Takaful
  • Riadah
  • Hartanah untuk dijual
  • Aktiviti
  • Surah pilihan
  • Tip Jualan Hari Ini

Waktu Solat Shah Alam dan sewaktu dengannya

Pelan Perubatan Mampu Milik

kad side

CLIK SAYA

PROJEK PERUMAHAN TERKINI

violet12A

INGIN MENJUAL RUMAH ANDA?

Cara jual rumah pantas

KLIK DISINI UNTUK KAMI BANTU MENJUAL RUMAH ANDA KEPADA SENARAI PEMBELI KAMI YANG BERMINAT

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas