KEMALANGAN jalan raya yang berlaku enam bulan lalu di ibu kota, masih segar dalam minda wanita berusia 28 tahun itu. Hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, ketika itu dia sedang memandu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Katanya, secara tiba-tiba, sebuah kereta dari arah bertentangan memandu secara berbahaya lalu melanggar keretanya. Situasi itu, menyebabkan Fatimah cedera parah di kepala dan dikejarkan ke hospital swasta berdekatan.
Doktor pakar di sebuah hospital swasta berkenaan memberitahu kepadanya yang masih dalam keadaan sedar, pembedahan kecil perlu dilakukan dengan syarat pembayaran harus dilakukan terlebih dahulu.
“Mujurlah saya mempunyai polisi insurans perubatan di salah sebuah syarikat insurans takaful, jika tidak, mungkin saya tidak dapat menjalani pembedahan itu dan merasa tinggal di hospital swasta ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Sebelum ini, kakaknya berkali-kali memujuk Fatimah supaya mengambil polisi tersebut tetapi dia enggan. Selepas beberapa kali dipujuk, barulah dia bersetuju untuk menyertainya dua tahun lalu. Pada masa itu kata Fatimah, gajinya agak kecil dan masih bujang.
“Saya mula mengambil polisi insurans perubatan ini pada November 2015, penggunaan kad perubatan baru-baru ini tidak dirancang kerana musibah yang terjadi pada diri saya ini berlaku secara tiba-tiba.
“Alhamdulillah, kini saya sudah pun pulih, bil hospital termasuk pembedahan, wad dan ubat-ubatan dibayar sepenuhnya oleh syarikat insurans takaful yang berjumlah hampir RM18,000,” ujarnya yang bersyukur kerana tidak perlu membayar kos berkenaan.
Menurut perunding kewangan peribadi, Afyan Mat Rawi, insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans.
“Seorang individu atau sesebuah organisasi akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada seseorang individu dalam bentuk premium dan sekiranya pemegang mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan,” katanya ketika ditemui.
Begitupun, Afyan menjelaskan, takaful pula adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah.
“Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan,” ujarnya.
Tambah bapa kepada lima orang cahaya mata itu, buat masa ini, peratusan individu yang memiliki perlindungan insurans, pendidikan dan simpanan persaraan; perlindungan rawatan dan kesihatan; dan sebagainya masih rendah iaitu 56 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia di negara ini.
Jika dinilai dari mata kasar, kita mungkin melihat penyertaan takaful hanya sebagai keperluan untuk melindungi keluarga kita walhal tanpa disedari para peserta takaful adalah sebahagian daripada jutawan sedekah, yang insya-ALLAH akan diberi ganjaran yang setimpal oleh ALLAH SWT di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.😍😍
Jom lindungi aset & simpanan dari terpaksa digunakan untuk membayar kos perubatan yang kian meningkat saban tahun dengan miliki plan medical card terbaik dari AIA Public Takaful..
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Untuk dapatkan cadangan pelan kad perubatan takaful yang sesuai untuk anda boleh komen PM atau terus whatsapp saya.
InsyaAllah saya akan cuba beri cadangan pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan anda.
wasap.my/60122249895/PMkadPerubatan
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
Membantu rakyat Malaysia yang bijak untuk kemudahan rawatan terbaik di hospital swasta percuma..