Rasulullah SAW pernah bertanyakan kepada sahabat: “Tahukah kamu semua siapakah orang-orang yang muflis?”
.
Lalu, sahabat menjawab: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah mereka yang tidak memiliki wang dan juga harta.”
.
Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya mereka yang muflis dalam kalangan umat aku ialah mereka yang datang pada hari kiamat kelak membawa pahala daripada solat, puasa dan zakatnya. Namun, pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki-hamun sesama manusia, dosa menuduh seseorang dengan tuduhan yang jahat, dosa memakan harta orang lain dengan zalim, dosa menumpahkan darah sesama manusia, dosa memukul atau mencederakan sesama manusia.
.
“Maka, diberikan pahalanya kepada mereka yang dizaliminya ketika di dunia dahulu. Jika habis pahalanya sedangkan belum selesai tuntutan manusia ke atasnya, maka diambil dosa manusia itu, lalu ditanggung ke atasnya dan akhirnya dia dihumban ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
.
.
Berdasarkan hadis ini, golongan yang muflis di akhirat bukanlah mereka yang tidak solat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat, tetapi ada pihak yang telah dizalimi ketika hidupnya. Mereka terlepas dari sebarang pengadilan ketika hidup namun tidak akan terlepas ketika diakhirat nanti.
.
Jadi kita berhati-hatilah dari memfitnah orang sebarangan. Seperti memalukan orang di sosial media dan sebagainya. Mungkin kita puas hati dapat hukum dia. Dikuatiri kita yang salah faham.
.
Jangan terambil dan tak tunaikan hak orang lain dengan cara menipu, tak jujur dan tak amanah. Kita hanya dapat rasa untung masa hidup sahaja, hakikatnya kita tempah kerugian diakhirat nanti.
.
Bukan dengan orang sahaja, dengan institusi pun kita boleh zalimi tanpa sedar. Contohnya cukai dengan Majlis Perbandaran, cukai dengan kerajaan. Bayaran keahlian dan langganan yang telah kita sertai, yuran maintenan kediaman, bil utiliti, pembiayaan dengan institusi kewangan dan sebagainya
.
Biar muflis didunia, jangan diakhirat. Kalau muflis didunia masih lagi boleh nikmati kehidupan. Muflis diakhirat meranalah keadaan kita disana nanti.
.
Setiap daripada kita akan mengahadapi kematian. Hidup ini hanya sementara. Kesempatan yang diberi untuk diuji. Apa juga yang yang dilakukan ada natijahnya di hari penghakiman. Penentu bagaimana berakhirnya kehidupan kita di alam yang kekal abadi.
.
Dis25