Ada orang, sikit punya susah nak cari pasangan, mungkin takut jadi macam masalah ini lah. Bila dah jumpa dan sampai jadi pasangan suami isteri boleh pula nak bercerai. Yang pasti masa baru kawin mesti setiap pasangan harap kekal sampai akhir hayat kan. Apa pasal agaknya penceraian ni berlaku ye? Disebabkan yang bercerai ni ramai daripada golongan muda, saya suspek ada dua sebab besar:
1. Kurang hubungan dengan Tuhan
Bukan nak kata saya baik. Saya cerita ni termasuk untuk diri saya sendiri. Zaman sekarang ni banyak sangat perkara yang menyeronokkan yang buat hati kita ni makin jauh dengan maha pencipta, makin lalai dan makin lemah dengan dugaan yang datang. Bila kurang rapat dengan tuhan, ibadah kurang, tak rapat dengan masjid, mengaji agama kurang, rasa nak jadi baik pun kurang.
Tapi, bila kita cuba rapat dengan Allah, Allah akan bagi kita kefahaman agama, jiwa kita lebih bersih dan tenang, matlamat dalam hidup makin jelas iaitu semuanya untuk dapat redha Allah. Kekuatan akan datang sebab kita sedar hidup ini adalah ujian dan kehidupan akhirat juga yang kekal abadi.
Ada satu lagu daripada Raihan kata “Bila selangkah kudatang pada-Mu, Seribu langkah Kau datang padaku“.
Radio ikim.fm banyak beri pendedahan dan kefahaman dalam Islam. Dalam kereta pun kita boleh dengar majlis ilmu sekarang ni kan. Macam-macam isu agama ada, termasuklah rumah-tangga. Percuma pula tu kan.
Nak yang berbayar boleh beli buku dan pergi seminar seperti Program keluarga sunnah anjuran ustaz Ebit Lew.
“TIADA PERNAH KECEWA SEBUAH KELUARGA YANG MEMBAWA SUNNAH NABI SAW. TIADA YANG BOLEH BAGI BAHAGIA SELAIN DARI ALLAH”
-USTAZ EBIT LEW-
Masalah tiada persefahaman, curang, tak bertanggung-jawab tak akan ditimbulkan bila kita rapat hubungan dengan Allah.
2. Masalah duit.
Zaman sekarang, ilmu pasal duit dan pengurusan duit sangat penting. Bagi saya orang lelaki sangat-sangat penting perlu betul-betul ada perancangan kewangan yang baik untuk menyara isteri dan anak-anak. Lelaki adalah ketua keluarga, isteri hanya pembantu suami untuk uruskan keluarga dan anak-anak. Sepatutnya daripada sebelum berkahwin lagi dah ada perancangan dan persediaan keperluan untuk keluarga yang bakal dibina.
Lelaki yang nak berkahwin perlu ada mindset jangan sekali-kali mengharapkan duit daripada isteri dan perlu penuhi segala keperluan keluarga, jangan bebani mereka dengan masalah kewangan.
Orang perempuan pula perlu memahami tanggung-jawab besar suami dan membantu melaksanakan perancangan kewangan bersama. Tempoh awal perkahwinan ini sangat kritikal, jika berjaya mengharunginya bermakna insyaAllah akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
in Blog
Jan23