Personal medical card memang tak penting. Kalau ambil, kena bayar tiap-tiap tahun. Kalau tak sakit, rugi je bayar. Baik kita invest kat mana-mana, hartanah ke, unit trust ke, bursa saham ke, (mlm ke), ada juga untung. Tak pun beli barang lain, nampak juga bendanya.
Kalau sakit, pergi je hospital kerajaan, dah maju tak macam dulu. Yang ada medical card company lagilah tak perlu ambil medical card personal ni.
Adakah anda setuju?
Setakat ini saya tak pernah dimasukkan ke wad hospital, kecuali melawat orang sakit. Adik beradik pun tak pernah kena masuk wad. Mak dan ayah pun setakat ni alhamdulillah sihat. Memang rasa tak perlu medical card.
Dulu masa baru dapat kerja lepas tamat belajar, company ada sediakan medical card. Saya tak ambil tahu pun berapa yang ditanggung dan manafaat-manafaatnya, sebab percuma kan.
Pernah kawan ajak lepak, kemudian dia share pasal medical card. Rupanya dia buat part-time. Masa tu memang saya pelik. Tak cukup ke gaji dia dan bini dia sampai nak buat partime kerja macam ni? Dua-dua kerja engineer.
Masa tu memang saya zero pasal kepentingan personal medical card ni. Sekarang ni, saya dah ada personal medical card. Memang ia dah jadi suatu keperluan. Kini saya pula rasa bertanggung-jawab beri kesedaran kepentingan medical card ni.
Adakah kita patut memiliki personal medical card atau kad perubatan yang kita bayar sendiri?
1. Jika semalam saya perlu menjalani pembedahan dengan jumlah kos perubatan yang tinggi, mampukah saya menyediakannya semalam?
Saya mungkin dapat mengelak panggilan talifon dari bank untuk minta hutang kereta, rumah, kad kredit, dan sebagainya. Tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.
Kad perubatan akan membantu kita serta merta dan kita tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan dan perubatan.
2. Jika saya masih bekerja di tempat lama, saya boleh guna medical card yang company sediakan seandainya saya perlu jalani rawatan dengan kos yang tinggi. Bagaimana kalau suatu hari kita nak pindah syarikat lain yang tak sediakan medical card, atau kita dah pencen nanti? Adakah masih boleh guna medical card company lama kita bila sakit dan perlu kos perubatan yang tinggi?
Sekarang saya masih muda dan sihat. Kos untuk medical card pun masih murah. Lebih baik ambil medical card sekarang berbanding nak tunggu dah tukar syarikat lain atau pencen nanti baru nak ambil.
Masa tu belum tentu masih sihat untuk layak ambil. Kalau masih sihat pun, kos nak ambil medical card tentu dah tak boleh dapat seperti umur sekarang.
3. Adakah kalau saya dapatkan rawatan atau jalani pembedahan dihospital kerajaan kita tak perlu bayar?
Pelik juga tu. Banyak berita keluar di tv dan surat khabar yang minta bantuan untuk jalani rawatan. Kenapa tak pergi hospital kerajaan sahaja kalau kata kat sana tak payah bayar kan.
Risiko mendapat penyakit mahupun akibat kemalangan sentiasa ada. Adakah kita akan menyusahkan orang lain sekiranya terjadi pada diri kita? Kesihatan tubuh badan kita adalah tanggung-jawab kita sendiri. Jangan biarkan diri kita terperangkap dengan mengharapkan kebergantungan pada pihak lain.
in Tips takaful
Mei02