Ketika ramai telah sedar akan betapa perlunya pelan perlindungan Takaful didalam perancangan kewangan mereka, masih terlalu ramai yang mentah-mentah menolak Takaful.
Sepanjang menjadi penasihat takaful keluarga sejak 2014, saya terima pelbagai alasan dan ingin berkongsi antara yang popular untuk menolak untuk daftar pelan perlindungan Takaful untuk diri mereka dan keluarga.
.
1. Ofis Dah Bayarkan
Tahniah kerana dapat bos yang prihatin. Memang kebanyakan syarikat ada menyediakan kad perubatan kepada pekerja mereka (berkelompok). Ini adalah sebagai salah satu bentuk manfaat kepada pekerja daripada syarikat.
Bagaimanapun perlindungan ini berkemungkinan hanya terhad ketika masih dalam perkhidmatan, tidak kekal dan boleh berubah manfaat pada bila-bila masa.
Berbeza jika anda mengambil pelan perlindungan Takaful sendiri, ia pastinya telah menyediakan pampasan kematian sebagai satu bentuk pelan perlindungan pendapatan anda selama anda tidak berupaya lagi.
.
2. Muda Lagi Kot?
Malaikat maut kalau dia nak datang dia tak kira kita tua atau muda.
Sebenarnya semakin lama anda bertangguh untuk mengambil pelan perlindungan Takaful ini, maka semakin mahal jumlah caruman yang perlu dibayar pada setiap bulan. Semakin meningkat usia, risiko anda untuk menghidapi penyakit juga semakin tinggi.
.
3. Tak Pernah Sakit Pun
Hebatnya ada yang boleh meramal masa depan. Siapa yang nak minta sakit? Kita sediakan payung dalam kereta pun tak pernah pun nak minta hujan tu turun. Takaful biasanya adalah perkara terakhir yang anda akan cari semasa sihat, sebaliknya ia akan menjadi perkara pertama yang anda cari bila anda sakit.
“Sakit awak ni dah teruk. Hujung bulan ni kena operation. Kosnya RM 100,000. Seminggu sebelum operation, awak kena dahulukan deposit RM30,000”.
Sudah bersedia untuk menghadapi situasi begini? Jika sudah, Alhamdulillah…
.
4. Maaf Saya Tak Minat
Alasan ini mungkin paling biasa diberi sebagai checkmate kepada si ejen. Biasanya orang tak minat ni ada 3 sebab: tidak ada duit, tidak percaya atau tidak ada masa.
.
5. Kawan Kata Takaful Ni Banyak Menipu
Mesti anda pernah dengar macam-macam pengalaman orang lain tentang Takaful.
Biasanya yang viral di Facebook tu kemungkinan besar pencarum sendiri tidak tahu manfaat yang telah dibayar dan merasakan amaun yang dibayar akan cover segala-galanya. Bagaimana Takaful hendak membayar manfaat yang tidak tertulis di dalam polisi?
Benda yang negatif memang cepat tersebar. Cuba korek pula cerita yang baik-baik tentang Takaful.
.
6. Saya Berserah Kepada Allah
Allah….Sejuk telinga mendengarnya. Tetapi sebelum berserah perlu usaha dulu. Takaful inilah antara usaha kita.
Kita tak tahu bila kita akan mati. Jika Allah ambil nyawa kita hari ni adakah anda dah sediakan perbelanjaan untuk anak isteri? Adakah semua hutang-hutang anda selesai dengan sendirinya?
Jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada kebajikan dan masa depan keluarga. Jangan biarkan mereka hidup meminta minta.
.
7. Maaf Bang, Nanti Saya Tanya Suami
Jawapan ini sememangnya patuh syariah (jika beliau benar-benar dah kahwin). Biasanya sejuk telinga ejen mendengar alasan ini.
.
.
Anda Belum Diuji
Pasti mereka yang memberi alasan untuk tidak mencarum Takaful pernah terfikir kenapa perlunya mempunyai pelan Takaful sebab tidak tentu lagi menggunakannya?
Apa kata buat begini?
“Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya dan saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan.“
.
.
Jika dinilai dari mata kasar, kita mungkin melihat penyertaan takaful hanya sebagai keperluan untuk melindungi keluarga kita walhal tanpa disedari para peserta takaful adalah sebahagian daripada jutawan sedekah.
Insya-ALLAH akan diberi ganjaran yang setimpal oleh ALLAH SWT di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.😍😍
.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Untuk dapatkan cadangan pelan perlindungan takaful yang sesuai untuk anda boleh komen PM atau terus whatsapp saya.
InsyaAllah saya akan cuba beri cadangan pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan anda.
wasap.my/60122249895/PMkadPerubatan
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
Membantu rakyat Malaysia yang bijak untuk kemudahan rawatan terbaik di hospital swasta percuma..