Back to top

Jul09

Kelebihan HIBAH Takaful

Ada dua jenis pelan perlindungan kewangan untuk keluarga yang selalu dipromosikan di pasaran.

Pelan Insurans Hayat dan Pelan Takaful Keluarga.

Takaful Keluarga mempunyai matlamat yang sama dengan Insurans Hayat, namun ia berbeza di mana Takaful Keluarga adalah insurans patuh Syariah.

Takaful ialah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidaktentuan (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba).

Perkataan Takaful berasal daripada perkataan Arab Kafala, yang bermaksud menjamin, membantu atau menjaga keperluan seseorang.

Setiap peserta menyumbang atas dasar “iltizam bi al tabarru” (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila memerlukan.

.

Ringkasan Takaful :

  • Tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013
  • Peserta memberikan sumbangan berasaskan konsep Tabarru’ (Derma)
  • Pengendali Takaful ialah Pengurus Dana
  • Penyertaan dalam pelan Takaful adalah berasaskan kontrak jaminan bersama antara peserta
  • Jawatankuasa Syariah ditubuhkan untuk memastikan agar transaksi Pengendali Takaful dilaksanakan menurut Prinsip Syariah
  • Tiada unsur maisir (perjudian) dan riba’ (faedah). Perhatian: gharar (ketidaktentuan) wujud dalam Takaful tetapi pada tahap yang boleh diterima di bawah kontrak Tabarru’ (Derma)

.

Ada satu lagi kategori takaful dan insurans : General Insuran dan Insurans Hayat untuk konvensional. General Takaful dan Takaful Keluarga untuk yang patuh syariah.

Yang general itu perlindungan seperti untuk kenderaan, bangunan, perniagaan, projek dan sebagainya.

Yang kita nak cerita ini adalah takaful keluarga sahaja.

.

Ada beberapa jenis pelan Takaful Keluarga yang boleh anda pilih untuk melindungi anda dan ahli keluarga anda.

  • Takaful Perlindungan Hayat dan Hilang Upaya Kekal.
  • Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal.
  • Takaful Perlindungan untuk Golongan Tertentu. Contohnya perlindungan untuk wanita, untuk canser, untuk warga emas.
  • Takaful Berkaitan Pelaburan.
  • Takaful Perubatan dan Kesihatan.

.

Takaful Perlindungan Hayat adalah satu pelan yang digunakan dalam perancangan kewangan, terutamanya untuk perancangan risiko kewangan keluarga.

Apakah antara risiko besar yang pasti berlaku kepada semua orang, dan ia boleh menjejaskan keseluruhan kewangan sesetengah keluarga?

Salah satunya adalah KEMATIAN.

Ia samaada suami atau isteri yang beri sumbangan besar kepada keluarga melalui pendapatan mereka.

Bila pencari rezeki meninggal, pendapatan juga terhenti. Pasangan perlu cari sumber pendapatan lain, mungkin perlu ambil masa.

Jadi, perlunya Takaful Perlindungan Hayat ini.

3 kaedah pengagihan manafaat pampasan kematian daripada Sijil Takaful Perlindungan Hayat ini.

  • Penama Wasi.
  • Penama Hibah.
  • Diuruskan Syarikat Amanah.

.

Yang paling popular orang pilih penama hibah. Sebab itu jugalah Takaful Perlindungan Hayat ini juga dikenali sebagai Hibah Takaful dan Pelan Hibah.

.

.

Apakah kelebihan sediakan Takaful Perlindungan Hayat/Hibah Takaful?

  1. Cara termudah & cepat sediakan asset tunai bila hilang upaya/meninggal..
  2. Proses tuntutan lebih mudah dan cepat. Wang pampasan boleh diperolehi dalam 7-30 hari sahaja tanpa melalui proses perolehan kuasa harta pusaka yang mengambil masa 3 bulan- 20 tahun. (Bergantung kepada jenis dan cara kematian)
  3. Ia tidak dibekukan seperti harta pusaka lain selepas kita meninggal.
  4. Tiada kos guaman diperlukan untuk tuntut wang pampasan ini.
  5. Manafaat pampasan kematian dari takaful ini tidak diagih ikut faraid, tetapi hak mutlak penama hibah.
  6. Boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja termasuklah bukan waris faraid. Dan boleh tukar penama hibah bila-bila masa selagi hidup.
  7. “Creditor-proof” yakni tidak boleh dituntut oleh mana-mana pemiutang sebagaimana harta-harta lain.
  8. Manafaat pampasan kematian hibah takaful adalah bebas cukai.
  9. Bayaran sumbangan caruman yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.
  10. Manfaat takaful dilindungi PIDM jika syarikat mengalami kegagalan. Dan dikawalselia oleh Bank Negara.
  11. Sebuah perlindungan takaful yang patuh syariah. Bukan pelan insuran konvensional yang tak patuh syariah.
  12. Duit takaful boleh digunakan sebagai duit survival untuk waris teruskan hidup secara biasa walaupun tanpa kita.
  13. Wang pampasan takaful boleh guna untuk bayar hutang bank seperti pembiayaan rumah, kenderaan atau pembiayaan peribadi.
  14. Wang pampasan takaful boleh guna untuk buat AMAL JARIAH, wakaf untuk diri sendiri sebagai bekalan pahala berterusan lepas meninggal.
  15. Duit pampasan hibah takaful boleh digunakan untuk bantu waris buat bayaran urus tuntutan pengagihan harta pusaka simati.
  16. Sebagai pampasan kepada syarikat anda jika kakitangan penting/rakan kongsi meninggal/hilang upaya.

.

.

Ejen Takaful biasanya akan melakukan proses Pencarian Fakta Pelanggan bersama anda untuk menentukan keperluan, pilihan dan kemampuan anda.

Berikut ialah senarai semak ringkas yang perlu diambil kira untuk menentukan jumlah perlindungan anda:

  • Berapa ramai tanggungan anda (contoh seperti ibu bapa yang bersara, suami/isteri, anak-anak)
  • Komitmen kewangan jangka panjang yang belum dijelaskan (contoh seperti pembiayaan rumah, dana pendidikan)
  • Gaya hidup/taraf hidup semasa anda
  • Simpanan dan aset pelaburan semasa anda
  • Kos perbelanjaan yang dijangkakan pada masa hadapan berdasarkan nilai mata wang dan inflasi (contoh seperti kos pendidikan peringkat ijazah di universiti swasta hari ini mungkin meningkat 50% pada masa depan)

.

.

Contoh kiraan anggaran kasar jumlah pampasan takaful perlindungan hayat yang sesuai mengikut kos sara hidup bulanan kita :

.

in Perlindungan Takaful, Perunding AIA takaful Klang Shah Alam

Baca juga

  • Asas Sistem Takaful
  • Majoriti miliki insurans hayat di bawah perlindungan sebenar
  • Kenapa ramai masih tak daftar perlindungan takaful
  • 5 Golongan Yang Mencari Perunding Takaful. No 5 Paling Selalu!
  • Tiba-tiba aku rasa aku kena daftar takaful segera!
  • Pengajaran daripada tak puas hati dengan jumlah pampasan
  • Siapa boleh jangka, baru daftar seminggu dah dapat pampasan.
  • Mereka berebut merancang pewarisan, kita bagaimana?
  • Daftar takaful tanpa berjumpa

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas