Sejak tercetusnya wabak COVID-19 di Malaysia, kerajaan telah laksanakan banyak inisiatif untuk mengawal penyebaran penyakit dan memberi bantuan kepada mereka yang terkesan secara fizikal mahupun kewangan.
Kerajaan baru-baru ini telah umumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula pada akhir Februari 2021 dan akan dilancarkan dalam tiga fasa hingga Februari 2022.
Boleh rujuk berita disini >> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/674955/buku-panduan-program-imunisasi-covid-19-kebangsaan-dilancarkan-metrotv
InsyaAllah bila program ini terlaksana dengan jayanya, kita semua akan terhindar dari kesan buruk virus ini dan bolehlah jalani kehidupan macam sebelum pendimik ni melanda.
Tapi, ada juga pihak tertentu yang kata bila ambil vaksin ni nanti ada kesan sampinganlah, boleh cacatlah, macam-macam. Ye lah, mungkin tak semua dapat kesan yang sama. Seram juga kan.
Jika anda risau, antara usaha dan ikhtiar tambahan untuk risiko-risiko yang tak terduga seperti ini, adalah dengan miliki pelan perubatan / kad perubatan takaful dari AIA Public Takaful.
Kepada anda yang dah ada kad perubatan AIA Public Takaful, pastikanlah ia hidup (tak lapsed).
Yang tak ada lagi, bolehlah daftar segera.
Apa kena mengena kad perubatan AIA Public Takaful dengan kesan sampingan vaksin Covid-19?
Sejajar dengan pengumuman terkini kerajaan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, AIA dan AIA public Takaful juga telah umumkan akan beri manafaat perlindungan kepada semua pelanggan yang miliki pelan kad perubatan AIA/AIA Public Takaful, untuk perbelanjaan perubatan jika terdapat komplikasi / kesan sampingan atau sebarang tindak balas buruk yang memerlukan kemasukan ke hospital setelah mengambil vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia dan ditadbir oleh pihak yang dilantik dengan sewajarnya.
Ia tertakluk juga kepada had faedah dan terma & syarat polisi atau sijil takaful yang anda miliki.
Bagi yang baru daftar pelan kad perubatan atau baru nak daftar. Ada tempoh menunggu (waiting period) 30 hari baru boleh dapat manafaat ini ye.
Adakah Surat Jaminan (Guarantee Letter) akan dikeluarkan sekiranya dimasukkan ke hospital panel AIA untuk sebarang komplikasi atau kesan sampingan vaksin COVID-19? Ya, Surat Jaminan (GL) boleh dikeluarkan untuk dimasukkan ke hospital dan akan tertakluk pada terma dan syarat polisi yang anda ambil.
Sekiranya tak gunakan kemudahan surat jaminan, dokumen yang diperlukan untuk tuntutan bayaran balik bil adalah seperti berikut:
- Borang Tuntutan kemasukan ke hospital (Individu)
- Invois Hospital Asal, bil terperinci dan resit pembayaran
- Semua laporan Pengimejan dan makmal seperti sinar-x dan keputusan ujian darah (jika ada)
- Sebarang dokumen sokongan dari mana-mana pegawai kesihatan yang menguruskan anda.
Boleh serahkan ke mana-mana cawangan AIA Customer Servis berhampiran.
Senarai dokumen ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Jadi semaklah dengan AIA / AIA Public Takaful punya talian khidmat pelanggan juga.
Jika dalam pelan takaful perubatan anda ada juga manafaat Pendapatan Hospital Harian, pun boleh claim juga
in Blog, Kad Perubatan Takaful, Maklumat untuk peserta perlindungan takaful, Perunding AIA takaful Klang Shah Alam
Feb18