Tanggung-jawab ibu bapa antaranya adalah sediakan keperluan perubatan anak-anak untuk pastikan mereka membesar dengan sihat.
Ibu bapa yang bijak kewangan dan prihatin dengan risiko-risiko kesihatan yang boleh menggugat masa depan anak-anak mereka, akan memilih menyediakan kad perubatan untuk anak-anak.
Saya pernah merasa sebak mendengar satu perkongsian daripada seorang ibu. Setelah lahirkan anak kedua, terus beliau daftarkan pelan kad perubatan takaful untuk anaknya. Beliau fobia dengan pengalaman yang terjadi kepada anak pertamanya yang kini OKU akibat tidak mendapat rawatan segera.
Walaupun dah ramai yang tahu kepentingan kad perubatan takaful, masih ramai juga yang tak memilikinya. Anak-anak memang terdedah kepada risiko penyakit dan kecederaan kerana daya tahan tubuh rendah, lasak dan masih tak matang dalam setiap tindakkan, jadi mereka perlu diberi keutamaan. Tetapi ibu bapa juga perlu milikinya, kerana jika ibu bapa yang sakit, siapa nak jaga anak-anak mereka nanti?
Masalah utama adalah KEWANGAN. Memang betul semua orang nak kad perubatan takaful terbaik untuk setiap keluarga mereka. Tetapi dengan meningkatnya kos sara hidup, perubahan gaya hidup moden, komitmen perbelanjaan kehendak yang tinggi dan macam-macam lagi, menyebabkan miliki kad perubatan adalah keutamaan terakhir.
Katakan encik Dzulhyri dan puan Salmihah adalah pasangan suami isteri yang kini telah celik akan kepentingan pelan kad perubatan takaful dalam pengurusan kewangan keluarga mereka. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Mereka telah merancang untuk sediakan kad perubatan untuk setiap anak dan diri mereka sendiri. Bermakna 4 kad perubatan perlu disediakan. Katakan pelan kad perubatan takaful untuk setiap orang adalah RM150 sebulan, bermakna satu keluarga adalah RM600 sebulan. Jika anak bertambah lagi, sudah tentu perlu tambah kad perubatan lagi. Kita anggap encik Dzulhyri dan puan Salmihah berusia 25 tahun. Dengan kewangan yang terhad, mungkin ia boleh membantutkan niat asal mereka.
Bagaimana nak bantu encik Dzulhyri dan puan Salmihah sediakan kad perubatan untuk setiap ahli keluarga mereka dengan kewangan yang terhad?
Isu utama disini, bukanlah apakah pelan kad perubatan takaful terbaik yang sepatutnya dimiliki? tetapi yang paling penting adalah, bolehkah anda sediakan kad perubatan takaful untuk setiap ahli keluarga anda?
Satu-satunya cara nak jadikan kad perubatan takaful murah adalah dengan memilih pelan kad perubatan takaful yang ada pakej keluarga.
PELAN KAD PERUBATAN TAKAFUL UNTUK SEISI KELUARGA MAMPU MILIK TERBAIK
Pernah tak anda mendengar Pelan Kad Perubatan Takaful untuk satu keluarga? Ia adalah pelan kad perubatan dari AIA Public Takaful pakej keluarga yang menyediakan dana perubatan untuk individu, pasangan dan anak-anak hingga 4 orang anak.
Pelan Kad Perubatan AIA Public Takaful terdapat pakej :
- Individu,
- Individu dengan pasangan,
- Individu dengan anak-anak (hingga 4 anak),
- Individu, pasangan dan anak-anak (hingga 4 anak).
Jika anda pilih pelan kad perubatan pakej no 4 seperti diatas, anda, pasangan dan setiap anak-anak anda sehingga 4 anak yang berusia 22 tahun ke bawah akan miliki kad perubatan masing-masing. Jika pilih pelan bilik 150 dengan had tahunan RM100,000. Bermakna 6 orang berjumlah RM600,000 setahun yang telah anda sediakan.
Pelan kad perubatan ini pula, ada dua pilihan. Boleh pilih yang STANDALONE atau boleh pilih yang RIDER.
Perbezaan pelan kad perubatan standalone dan rider:
Pelan Kad Perubatan Takaful Standalone.
- Nama pelan A-Life Med Regular
- Pelan takaful yang hanya sediakan manafaat Kad Perubatan semata-mata.
Pelan Kad Perubatan Takaful Rider
- Nama pelan A-Plus Med Regular dan ia dilampirkan dibawah pelan A-Life Link-i.
- Pelan takaful yang bukan hanya sediakan manafaat kad perubatan sahaja, malah boleh ditambah dengan rider manafaat-manafaat lain dan boleh diubah-suai ikut keperluan anda. Contoh, rider disability care, rider critical care, rider accident shield, rider waiver, rider haji, rider hospital income, dan banyak lagi.
APAKAH CIRI-CIRI KAD PERUBATAN AIA PUBLIC TAKAFUL YANG ANDA MESTI KETAHUI?
- Kelayakkan umur pendaftaran dari seawal 14 hari selepas kelahiran sehingga umur 70 tahun.
- Tanpa Had Seumur Hidup, anda boleh yakin bahawa keperluan penjagaan kesihatan anda dan/atau keluarga anda akan dijaga untuk sepanjang hayat.
- Perlindungan Menyeluruh – melindungi anda dari penyakit biasa seperti deman biasa, denggi dan etc. Melindungi anda dari penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser dan etc. Juga melindungi anda dari kemalangan jalan raya, ketika bersukan, membersih rumah dan etc.
- Membayar rawatan perubatan anda sepenuhnya tanpa mengenakan sebarang caj ko-takaful atau deduktibel.
- Kemasukan Hospital Tanpa Gangguan dengan “Just Swipe”
- Memberikan anda kemudahan kemasukan ke hospital tanpa gangguan di semua panel hospital.
- Kad perubatan akan diberikan kepada anda untuk memudahkan kemasukan dan pelepasan hospital.
- Pilihan kad perubatan standalone atau kad perubatan rider.
- Perlindungan Pilihan untuk Keluarga Anda
- Anda boleh memilih untuk melindungi pasangan anda dan/atau anak-anak anda di bawah satu pelan.
- Perlindungan maksimum sehingga 4 orang anak dibenarkan untuk setiap Pelan Keluarga.
- Kad Medikal Cashless – kad ini adalah plan cashless dimana anda tidak perlu bayar dahulu dan claim kemudian. Pihak syarikat pengendali takaful akan bayar terus pada hospital.
- Tiada Perkongsian Limit Perlindungan – Contoh jika ambil pelan kad perubatan pakej keluarga (individu+pasangan+anak-anak), setiap ahli keluarga akan miliki kad perubatan dengan nama masing-masing dan had tahunan juga asing-asing.
- Limit Jumlah Anak- kad medikal keluarga ini mempunyai limit jumlah anak seramai 4 orang.
- Baby Baru – setiap anak anda yang lahir akan dilindungi oleh plan keluarga selepas satu bulan usianya tanpa bayaran lebih.
- Pre & Post Hospitalization – anda juga boleh claim semula bil bil rawatan selama 60 hari sebelum dan 120 hari selepas dimasukan ke hospital. Rawatan sebelum dimasukan ke hospital dan rawatan sesulan selepas masuk hospital.
- Rawatan Pesakit Luar – anda boleh claim semula bil bil rawatan pesakit luar di klinik dan hospital akibat kemalangan. Tidak perlu dimasukan ke hospital.
- Hospital Bukan Panel – anda juga boleh claim semula bil hospital anda jika dirawat dihospital bukan panel.
- Pilihan pelan bilik 150 (had tahunan RM100,000), bilik 200 (had tahunan RM125,000), bilik 250, bilik 300, bilik 400 dan bilik 500.
- Jika pilih pelan bilik 150, ketika masuk wad, boleh naik taraf bilik dengan bayar tambahan harga bilik sahaja. Tiada penalti dikenakan.
- Pilihan pelan kad perubatan dengan had tahunan RM100,000 hingga had tahunan RM1.5 juta. Semestinya semua pelan kad perubatan AIA Public Takaful tiada had seumur hidup.
- 80++ Panel Hospital – terdapat banyak panel hospital yang anda boleh gunakan. Contoh PRINCE COURT, SJMC, PANTAI, ASSUNTA, SUNWAY, DARUL EHSAN, MEDICAL CENTER, KPJ, TAWAKAL KL, AMPANG PUTERI, DAMANSARA SPECIALIST, GLENEAGLE HOSPITAL dan banyak lagi.
- Pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan
- Bantuan Rujukan Kecemasan (REA)
- Service 24 jam – AIA Guarantee Letter Department beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun. Tanpa bercuti, Tanpa berehat.
- Mempunyai senarai PLATINUM HOSPITAL iaitu rangkaian hospital pilihan AIA terbaik dengan perkhidmatan memuaskan dan kemudahan tanpa deposit.
SENARAI HOSPITAL PANEL
Sila download aplikasi “AIA LOCATOR” di Google Play atau App Store kedalam telifon pintar anda.
Kini anda tak perlu tercari-cari hospital apakah yang ada di sekitar malahan di luar kawasan kediaman anda (tempat yang anda tidak biasa). Dengan AIA Locator ini, segala senarai hospital dan klinik panel AIA kini dihujung jari sahaja.
Selain itu, kita juga boleh dapatkan maklumat seperti no tel hospital, alamat hospital, kadar bilik yang disediakan hospital tersebut dan pautan ke laman web hospital.
AIA Platinum Hospital Network.
Rangkaian Platinum Hospital ini adalah hospital yang jadi pilihan AIA yang memiliki tahap kualiti memuaskan, kos yang munasabah dan beri pengalaman yang baik kepada pelanggan. Di rangkaian hospital ini juga tidak perlu bayaran deposit kemasukkan hospital.
Bila dah ada aplikasi ini, senang. Nak masuk hospital, boleh hubungi hospital dulu tanya ada bilik kosong tak? Dah pasti ada kosong, lebih yakin kita nak kesana.. Lokasi juga tak perlu pening nak cari. Klik sahaja gambar kereta, ia akan bawa daripada tempat kita terus ke hospital yang dikehendaki.
NIKMATI KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN DI HOSPITAL PANEL DENGAN AIA
Pemilik kad perubatan AIA Public Takaful juga mendapat keutamaan dan bantuan rujukan yang disediakan AIA ketika menggunakan perkhidmatan di hospital panel.
MENELITI MANAFAAT PELAN KAD PERUBATAN AIA PUBLIC TAKAFUL
Pemilik kad perubatan AIA Public Takaful juga diberi peluang samaada memilih untuk manafaat kad perubatan REGULAR sahaja, atau ingin mempertingkatkan tahap perlindungan perubatan dengan menambahkan manafaat BOOSTER kedalam pelan kad perubatan mereka.
Pelan BOOSTER menambah faedah-faedah bagi Pelan REGULAR dengan menawarkan Had Tahunan yang tinggi sehingga RM1.5 juta dengan Tiada Had Seumur Hidup, Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar dan tambahan faedah seperti Peningkatan Bilik dan Penginapan, Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi dan Rawatan Penghospitalan Luar Negeri di Singapura (untuk Pelan 500 sahaja).
Bagaimana kedua-dua pelan ini memberi manafaat dan dipertingkatkan tahap perlindungan kedalam pelan kad perubatan anda? Sila ke pautan.
- Kad perubatan takaful REGULAR
- Kad perubatan takaful dengan perlindungan dipertingkatkan REGULAR + BOOSTER
MEMILIH KOMBINASI PELAN KAD PERUBATAN YANG SESUAI
Tujuan utama ramai orang memilih pelan kad perubatan pakej sekeluarga ini adalah untuk mengurangkan peruntukkan bayaran sumbangan takaful mengikut kesesuaian kewangan mereka.
Memilih pelan perlindungan takaful jangka panjang yang optimum untuk keluarga anda, perlu mendapat khidmat penerangan lebih detail daripada perunding kewangan takaful.
Dari situ anda lebih mudah memahami apakah tujuan dan perancangan anda yang boleh disesuaikan dengan manafaat perlindungan takaful sedia ada.
Kini encik Dzulhyri dan puan Salmihah yang berusia 25 tahun boleh buat pilihan pelan kad perubatan takaful yang sesuai untuk keluarga mereka.
Mereka telah memilih beberapa pakej untuk buat perbandingan seperti dibawah:
Pelan Kad Perubatan Takaful Pakej Sekeluarga, pelan REGULAR, bilik 150. Standalone.
Individu, pasangan dan anak-anak (hingga 4 anak) akan miliki kad perubatan masing-masing.
.
Kad perubatan yang setiap orang miliki adalah pelan REGULAR, bilik 150, had tahunan RM100,000 dan tiada had seumur hidup.
.
Sekarang anak 2 orang, jika bertambah anak lagi, hanya perlu daftar dan tiada penambahan bayaran sumbangan takaful.
.
Jika dimasukkan ke hospital, nak masuk ke bilik yang harga lebih tinggi, hanya perlu bayar tambahan dan tiada penalti dikenakan.
.
Komitmen bayaran sumbangan sebulan hanya RM340.26. Meningkat ikut risiko umur.
Pelan Kad Perubatan Takaful Pakej Sekeluarga, pelan REGULAR, bilik 150. Rider.
Individu, pasangan dan anak-anak (hingga 4 anak) akan miliki kad perubatan masing-masing.
.
Kad perubatan yang setiap orang miliki adalah pelan REGULAR, bilik 150, had tahunan RM100,000 dengan had tahunan meningkat 5% setiap 2 tahun, dan tiada had seumur hidup.
.
Sekarang anak 2 orang, jika bertambah anak lagi, hanya perlu daftar dan tiada penambahan bayaran sumbangan takaful.
.
Jika dimasukkan ke hospital, nak masuk ke bilik yang harga lebih tinggi, hanya perlu bayar tambahan dan tiada penalti dikenakan.
.
Anggaran nilai akaun (simpanan) 25 tahun RM45,700. Boleh jadi perancangan simpanan untuk kerjakan haji atau tujuan lain.
.
Jika suami meninggal dunia, RM50,000 dan tambahan nilai akaun ketika itu akan diberi 100% kepada isteri atau waris.
.
Jika suami mengalami hilang upaya, RM50,000 akan diberikan.
.
Komitmen bayaran sumbangan sebulan hanya RM385. Tidak meningkat.
Pelan Kad Perubatan Takaful untuk en Dzulhyri sahaja berserta Manafaat Pampasan Kematian dan Penyakit Kritikal.
Takaful Hayat RM200,000 serta Rider Penyakit Kritikal RM200,000.
.
Jika meninggal dunia, RM200,000 dan tambahan nilai akaun ketika itu akan diberi 100% kepada isteri atau waris.
.
Jika mengalami hilang upaya, RM200,000 akan diberikan.
.
Jika disahkan menghidapi penyakit kritikal tahap kritikal, RM200,000 akan diberikan.
.
Kad perubatan pelan REGULAR, bilik 150, had tahunan RM100,000 dengan had tahunan meningkat 5% setiap 2 tahun, dan tiada had seumur hidup.
.
Jika dimasukkan ke hospital, nak masuk ke bilik yang harga lebih tinggi, hanya perlu bayar tambahan dan tiada penalti dikenakan.
.
Anggaran nilai akaun (simpanan) 25 tahun RM63,000. Boleh jadi perancangan simpanan untuk kerjakan haji atau tujuan lain.
.
Komitmen bayaran sumbangan sebulan hanya RM247. Tidak meningkat.
Pelan Kad Perubatan Takaful untuk puan Salmihah Pakej Individu dan Anak-anak, pelan REGULAR, bilik 150. Rider.
Individu dan anak-anak (hingga 4 anak) akan miliki kad perubatan masing-masing.
.
Kad perubatan yang setiap orang miliki adalah pelan REGULAR, bilik 150, had tahunan RM100,000 dengan had tahunan meningkat 5% setiap 2 tahun, dan tiada had seumur hidup.
.
Sekarang anak 2 orang, jika bertambah anak lagi, hanya perlu daftar dan tiada penambahan bayaran sumbangan takaful.
.
Jika dimasukkan ke hospital, nak masuk ke bilik yang harga lebih tinggi, hanya perlu bayar tambahan dan tiada penalti dikenakan.
.
Anggaran nilai akaun (simpanan) 25 tahun RM42,100. Boleh jadi perancangan simpanan untuk kerjakan haji atau tujuan lain.
.
Jika pemilik sijil ini meninggal dunia, RM20,000 dan tambahan nilai akaun ketika itu akan diberi 100% kepada pasangan atau waris.
.
Jika pemilik sijil mengalami hilang upaya, RM20,000 akan diberikan.
.
Komitmen bayaran sumbangan sebulan hanya RM318. Tidak meningkat.
Setelah meneliti dan mendapat penerangan lebih detail untuk setiap pelan yang dicadangkan, encik Dzulhyri dan puan Salmihah membuat keputusan memilih pilihan 3 dan 4 kerana beri perlindungan yang sesuai dengan keadaan dan peruntukkan kewangan mereka pada masa ini.
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga, boleh klik di bawah.
Syamsul Takaful Advisor
Tel/SMS/Whatsapp
in Pelan Takaful, Perancangan Pelan Perubatan Takaful, Perancangan Pelan Untuk Keluarga, Perancangan Perlindungan Takaful, Perlindungan Takaful Terbaik
Okt12