Apabila memperkatakan tentang pelan perlindungan perubatan, anda harus memikirkan tentang masa hadapan. Kos rawatan perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun, oleh kerana itu anda memerlukan jaminan bahawa anda mempunyai perlindungan yang sewajarnya untuk tahun-tahun mendatang.
Memperkenalkan Pelan BOOSTER, pelan yang menambah faedah-faedah bagi Pelan REGULAR dengan menawarkan Had Tahunan yang tinggi sehingga RM1.5 juta dengan Tiada Had Seumur Hidup, Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar dan tambahan faedah seperti Peningkatan Bilik dan Penginapan, Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi dan Rawatan Penghospitalan Luar Negeri di Singapura (untuk Pelan 500 sahaja).
Had Tahunan yang tinggi sehingga RM 1.5 juta dengan tiada Had Seumur Hidup
- Had Tahunan pelan Booster adalah 10 kali ganda daripada Had Tahunan pelan REGULAR, sehingga RM1.5 juta.
- Bagi Pelan 250 dan seterusnya, Had Tahunan anda adalah sehingga RM1.5 juta.
- Tiada Had Seumur Hidup.
Peningkatan Faedah Bilik dan Penginapan Hospital
- Faedah Bilik dan Penginapan Hospital anda akan meningkat sebanyak 20% dari Faedah sedia ada pada akhir setiap 2 Tahun Sijil selama 10 tahun.
- Penambahan faedah ini adalah dengan syarat tiada tuntutan dibuat bawah pelan kad perubatan dalam 2 Tahun sebelumnya.
Faedah Rawatan Dialisis Buah Pinggang dan Rawatan Kanser Pesakit Luar
- Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Rawatan Dialisis Buah Pinggang dan Rawatan Kanser Pesakit Luar, iaitu 2 kali ganda dari faedah yang sama dengan pelan regular.
- Dengan perlindungan tambahan, rawatan perubatan jangka panjang anda dan keluarga anda akan dijaga.
Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi
- Jika anda didiagnosis dengan Demam Denggi dan menerima rawatan pesakit luar, pelan Boster akan membayar perbelanjaan Rawatan Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi tersebut kepada anda.
Rawatan Penghospitalan Luar Negeri di Singapura
- Jika anda dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan perubatan di Singapura, pelan BOOSTER akan membayar perbelanjaan sebenar anda yang layak, selepas mata wang ditukar ke Ringgit Malaysia bergantung kepada kadar pertukaran mata wang pada hari pelepasan dari hospital.
- Faedah ini akan dibayar dengan syarat kesemua tuntutan terdahulu di bawah pelan REGULAR telah melebihi Amaun Deduktibel.
- Faedah ini adalah untuk Pelan 500 sahaja.
Terdapat 6 jenis Pelan, iaitu Pelan 150 hingga Pelan 500 yang boleh dilampirkan bersama pelan REGULAR.
Jenis Pelan BOOSTER hendaklah sama dengan jenis Pelan REGULAR.
Jadual Manfaat Pelan BOOSTER
Nota:
- Amaun Deduktibel adalah bersamaan dengan jumlah Had Tahunan terdahulu dan peningkatan Had Tahunan. Apa-apa amaun tuntutan yang layak yang melebihi Amaun Deduktibel akan dibayar di bawah pelan BOOSTER. Deduktibel Amaun adalah untuk butiran 1 dan 3-19 seperti Jadual Faedah-Faedah.
- Had faedah dan bilangan hari (jika ada) bagi butiran di atas adalah dikongsi antara pelan BOOSTER dan pelan REGULAR.
- Agregat faedah yang akan dibayar di bawah butiran 1 dan 3 tidak boleh melebihi 120 hari setiap Tahun Sijil.
- AIA PUBLIC akan membayar balik perbelanjaan sebenar yang seterusnya (selepas ditukar matawang ke Ringgit Malaysia bergantung kepada kadar penukaran matawang pada hari perlepasan dari hospital) berlaku di dalam Tahun Sijil di bawah butiran 1 hingga 18 (kecuali butiran 16) di dalam Jadual Faedah-Faedah di atas tertakluk kepada had faedah tersebut, dengan syarat pengumpulan perbelanjaan yang layak dibayar di bawah pelan REGULAR dalam Tahun Sijil yang sama lebih dari Amaun Deduktibel yang berkenaan.
Bagaimana pelan BOOSTER ini berfungsi?
Pelan BOOSTER ini adalah rider tambahan yang dilampirkan pada pelan kad perubatan REGULAR. Jenis Pelan BOOSTER hendaklah sama dengan jenis Pelan yang dipilih untuk pelan kad perubatan REGULAR.
Pelan kad perubatan REGULAR adalah pelan perubatan utama yang memberi perlindungan dari Ringgit pertama tuntutan. Pelan BOOSTER pula berfungsi sebagai tambahan perlindungan perubatan yang meningkatkan faedah-faedah pelan kad perubatan REGULAR.
Dengan pakej pelan kad perubatan REGULAR dengan tambahan pelan BOOSTER bersama, ia menyediakan sebuah perlindungan perubatan komprehensif yang melindungi keperluan perubatan anda.
Contoh Jadual Faedah-Faedah bagi pakej kad perubatan REGULAR (A-Plus Med-i) dengan tambahan pakej BOOSTER (A-Plus MedBooster-i) untuk Pelan 200 adalah seperti di bawah:
Video Penerangan Pelan Tambahan Manafaat Kad Perubatan Booster
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda, boleh klik di bawah.
Syamsul Takaful Advisor
Tel/SMS/Whatsapp
in Kad Perubatan Takaful, Perancangan Pelan Perubatan Takaful
Okt14