Saya kerap berjumpa ibu bapa yang terbeban dengan komitmen bayaran sumbangan takaful mereka dan anak-anak. Ada yang sudah lama tidak sambung bayar. Ada yang hanya utamakan bayaran takaful anak sahaja.
Mereka bukan tak tahu pentingnya kad perubatan untuk setiap individu. Tetapi untuk memenuhi keperluan harian keluarga di zaman yang mencabar ini, ramai yang terpaksa bertaruh untuk risiko penyakit dan kemalangan yang perlukan rawatan segera dengan kos yang besar tak akan terjadi kepada mereka..
Mungkin ada yang tak tahu apa kegunaan memiliki KAD PERUBATAN TAKAFUL. Mohon saya jelaskan secara ringkas :
Jika anda berjumpa seorang doktor pakar, dia mengatakan anda perlu jalani pembedahan segera, dengan kos yang anda perlu sediakan berjumlah RM35,000.
Walau tinggi mana kos itu. Anda tetap kena sediakan kerana ada insan lain yang memerlukan dan mengharapkan anda sihat kembali.
Dari mana anda boleh dapatkan wang itu?
Anda mungkin terpaksa gunakan wang simpanan. Jika tak cukup? Guna pula kad kredit, jika tak cukup juga? Gadai atau jual apa-apa yang berharga. Jika tak cukup juga? Minta tolong ibu bapa, adik beradik, saudara, kawan-kawan..
Doktor tadi tanya anda “Ada kad perubatan?”
Masa tu baru anda teringat ada daftar pelan kad perubatan dengan saya. Terus anda jawab ada..
Jadi.. RM35,000 tu, syarikat takaful lah akan sediakan.. Dan anda boleh jalani pembedahan segera dan juga diharap pulih segera, demi orang-orang yang sayang dan memerlukan anda..
Jangka hayat manusia semakin meningkat seiring dengan kemajuan bidang perubatan. Namun, kadar masalah kesihatan juga meningkat, disebabkan faktor gaya hidup dan persekitaran yang tercemar..
Inilah perjuangan saya.. Memastikan lebih ramai orang memiliki kad perubatan takaful dengan had tahunan yang secukupnya..
Kos perubatan di Malaysia meningkat 15% setiap tahun. Jika sekarang umur 30, umur 70 nanti kos perubatan jadi 600%. Kalau pembedahan sekarang RM35,000, bermakna pada umur 70 nanti ia jadi RM210,000.. Fuh..
Tak semua layak daftar pelan kad perubatan takaful. Beruntunglah kepada mereka yang dah berjaya mendaftar tanpa sebarang pengecualian penyakit.. Hargailah pelan kad peruabatan anda dengan buat bayaran komitmen seperti yang ditetapkan..
Untuk ibu-bapa yang tercari-cari pelan perlindungan takaful yang ada pakej kad perubatan untuk satu keluarga yang lebih murah agar mereka mampu sediakan dana perubatan secukupnya untuk setiap ahli keluarga mereka.. Saya sarankan pelan ini :
PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL INVESTMENT LINK dengan RIDER kad perubatan booster pakej INDIVIDU+PASANGAN+ANAK-ANAK.
- Anda akan dapat kad perubatan dengan had tahunan RM1.1 juta dan tiada had seumur hidup.
- Pasangan anda akan dapat kad perubatan dengan had tahunan RM1.1 juta dan tiada had seumur hidup.
- Anak pertama anda akan dapat kad perubatan dengan had tahunan RM1.1 juta dan tiada had seumur hidup.
- Jika tambah anak lagi, pun akan dapat kad perubatan kad dengan had tahunan RM1.1 juta dan tiada had seumur hidup.
- Ada Cash value. Atau orang kata saving.. Boleh jadi dana untuk simpanan pergi Haji..
- Komitmen bayaran sumbangan takaful kekal, tak meningkat ikut umur..
- Lagi muda anda daftar, lagi rendahlah bayaran komitmen sumbangan takaful anda untuk pelan ini.
Jangan segan-segan untuk bertanya lebih detail dan dapatkan quotation untuk anda sekeluarga. Tak perlu bayaran. Cuma perlu kesungguhan.
Mungkin diri anda dimasa hadapan akan berterima kasih dengan diri anda yang buat keputusan yang bijak dimasa sekarang..
Syamsul
Penasihat Takaful Keluarga Sepenuh Hati
012-224 9895
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda, boleh klik di bawah.
Syamsul Takaful Advisor
Tel/SMS/Whatsapp
in Perancangan Pelan Perubatan Takaful, Perancangan Pelan Untuk Keluarga, Perancangan Perlindungan Takaful
Mac12