Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.
Ahmad Ammar
Kata-kata Ahmad Ammar yang dipetik daripada Buku “Cerita Cinta Ahmad Ammar”. Ahmad Ammar, nama beliau tidak dikenali, namun menjadi bualan dan kebanggaan selepas pemergiannya. Allahyarham telah meninggal dunia setelah
dilanggar oleh ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November 2013.
Allayarham telah mendapat keistimewan apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki. Dan inilah jasad orang Malaysia yang pertama di kebumikan disini.
Sumbangan Allayarham pada agama tidak sepadan dengan umurnya yang meninggalkan kita pada umur seawal 20 tahun. Dalam usia yang muda, Ahmad Ammar begitu aktif dalam aktiviti sukarelawan, menyertai misi kemanusian seperti di Syria. Dan dia juga selalu berhasrat untuk syahid setiap kali dia menyertai misi kemanusian. Namum hasrat beliau tertangguh.
Beliau pergi ketika membawa misi ALLAH dan RasulNya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-Nya di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda beliau dapat melihat perjalanan akhir anakanda yang mereka cintai dengan sebuah pengakhiran yang baik.
Sebuah karya mengenainya telah diterbitkan dan ditulis oleh 16 penulis yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat Almarhum yang menceritakan kisah sewaktu hayatnya.
Pertama kali aku baca review seorang rakan di FB dah rasa sebak, terus aku mengelupur cari mana nak beli. Puas aku cari dan bertanya di kedai-kedai buku yang selalu aku pergi, tapi memang tak jumpa-jumpa, diorang kata tak sampai lagi. Nak beli online pun tak boleh. Akhirnya buat pertama kali aku pergi Kompleks Karangkraf di seksyen 15 tu. Baru aku tahu ada kedai jual buku dalam tu. Dah sediakan duit dah nak beli dua buah buku terus, sekali diorang kata tak ada stok, tunggu bulan depan katanya. Aku keluar dari situ sambil mengukir senyuman yang paling manis sekali untuk mengubat perasaan yang kecewa.
Beberapa hari lepas tu ada diberitahu di FB boleh dapatkan Buku “Cerita Cinta Ahmad Ammar” di hari pelancaran di komplek Karangkraf iaitu pada hari Ahad pukul 10 am rasanya. Hari tu, tak ramai sangat orang, tapi nampak la orang-orang yang macam aku nak dapatkan buku ni. Akhirnya, padan muka aku, beriya-iya sangat kan, dapat juga hahaha..
Walaupun aku dah baca buku ni dan kebetulan ketika baca, banyak pulak habuk masuk mata, berjurai-jurai air keluar, setiap kali aku jumpa dan baca review pasal Buku “Cerita Cinta Ahmad Ammar” ni, tetap perasaan sebak dan terharu tu akan timbul. Mungkin aku ni jiwang sangat kot.
Perjalanan yang dituju Ahmad Ammar tidak seperti kebanyakan orang yang seusia dengannya. Ketika orang lain sedang menyusun langkah untuk mengejar matlamat dunia, beliau mencari peluang mengejar kebahagiaan diakhirat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu, dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda, dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”.
Itulah kemenangan yang besar.” (Surah As Saff: 10 -12)
Segala kempurnaan dan kemuliaan datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan aku hamba yang hina ini.
in Buku
Mac04