Mungkin seseorang itu dah jumpa pelan kad perubatan yang terbaik untuk dirinya, untuk pasangan atau untuk anak-anak.
Tetapi..
Jika tiada 4 sebab ini, dia belum layak untuk memiliki sebarang pelan kad perubatan takaful.
INGINKAN GAYA HIDUP YANG LEBIH BAIK
Gaya hidup atau lifestyle.
INGINKAN SESUATU YANG DAPAT MEMBERI JAMINAN
Tidak mahu mengharapkan orang lain.
MENJADI GOLONGAN YANG MILIKI PERLINDUNGAN TAKAFUL
Takaful adalah saling bantu membantu. Setiap ahli saling membantu sesama hali takaful yang lain.
INGIN MILIKI PENGURUSAN KEWANGAN YANG LEBIH BAIK.
Ringankan kos perubatan. Melindungi simpanan. Atasi masalah kewangan.
Sebenarnya
Anda tidak perlu ada pelan kad perubatan takaful.
Jadi anda tak perlulah risau dan pening-pening dengan ada macam-macam jenis pakej pelan kad perubatan yang ada dipasaran.
Eh kenapa pula?
Ye lah, kan kita masih ada hospital kerajaan.
Hospital kerajaan kita adalah yang terbaik didunia dari segi kemudahan teknologi perubatan dan kos nya.
Mejoriti rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mengapa bukan anda juga.
Mejoriti rakyat Malaysia juga tiada pelan kad perubatan, jadi tak salah anda berada di kelompok mejoriti.
Anda tentu tahu, jika miliki pelan kad perubatan, perlu membayar komitmen. Ia boleh menambah beban kewangan anda. Jika anda tidak sakit dan tidak masuk wad hospital bertahun-tahun pun, tetap anda kena buat bayaran.
Dah la MAHAL, MEMBAZIR je..
Lebih baik simpan duit itu buat pelaburan, ada juga untung.
Betul tak?
Inilah sebab kebanyakan orang kita tiada pelan kad perubatan takaful.
Anda nak tahu, kenapa orang yang daftar pelan kad perubatan takaful itu dia ambil keputusan daftar pelan kad perubatan takaful?
Dia bukan setakat daftar sahaja, dia akan tunaikan tanggung-jawab dia buat bayaran komitmen sumbangan takaful sampai pelan itu tamat.
Bukan lepas beberapa tahun, dia berhentikan pelan dia.
Bahkan mungkin dia naik taraf pelan kad perubatan dia dengan manafaat had tahunan yang lebih tinggi dan tambah lagi jumlah nilai perlindungan pada pelan-pelan takaful lain.
Apa yang membuat orang memiliki pelan kad perubatan takaful sebab…
Dia faham Pelan kad perubatan takaful itu bukan sekadar sekeping kad.
Ia lebih daripada itu.
Dan ada
4 sebab besar mereka memiliki pelan kad perubatan takaful.
Tanpa sebab-sebab ini mungkin suatu hari nanti mereka pun tak akan teruskan pelan mereka.
Dengan memiliki pelan kad perubatan takaful anda inginkan gaya hidup yang lebih baik.
Ada pilihan mendapat rawatan di hospital yang lebih selesa dan pantas.
Anda nak beri yang terbaik untuk keluarga anda. Bukan hanya ketika sihat, malah ketika sakit.
Dengan memiliki pelan kad perubatan takaful, anda sedang melindungi diri anda dan ahli keluarga anda daripada ancaman bahaya.
Contoh bahaya seperti penyakit yang boleh menyebabkan kematian.
Kebanyakan penyakit, samaada sebab kemalangan, virus, kuman dan sebagainya, jika tidak dirawat atau lambat dirawat, akan menyebabkan ia lebih parah dan kematian.
Di hospital kerajaan, belum tentu anda akan dapat buat rawatan, melainkan dalam keadaan kecemasan dan parah. Dan tak semua kos ditanggung kerajaan.
Tempat kerja anda sudah sediakan kad perubatan? Adakah had tahunannya mencukupi? Sampai bila syarikat anda akan tanggung? Adakah selepas diberhentikan kerja nanti kad perubatan tempat kerja anda masih boleh digunakan?
Kesihatan kita adalah tanggung-jawab diri kita sendiri.
Ia adalah modal untuk hidup dan untuk beribadat.
Jika anda tak sembuh segera, ia beri kesan kepada keluarga.
Jika perlukan kos perubatan yang tinggi, terpaksa korbankan wang simpanan untuk persaraan, jual emas, rumah, mungkin perlu minta bantuan keluarga atau masyarakat.
Masalahnya kita tak tahu penyakit apa yang kita akan dapat dimasa akan datang.
Kalau boleh pilih, tentu semua pilih tak nak sakit langsung.
Tapi jika ditanya mereka yang sakit kronik, adakah mereka tahu akan dapat penyakit itu?
Dengan memiliki pelan kad perubatan takaful, anda sedang bersama-sama golongan yang A
Dengan memiliki pelan kad perubatan takaful, anda sedang belajar menjadikan perlindungan takaful sebahagian dalam pengurusan kewangan anda.
Dis18