3 Hari berulang-alik dari Shah Alam ke AIA Premier Academy, Sri Damansara untuk class SEED. Hari pertama dan kedua jalan tak sesak lagi sebab Tahun Baru Cina kan. Masuk hari ketiga dah mula sesak, tapi masih sampai sebelum kelas bermula. Itulah kelebihan bertolak awal hihi..
Program ini disediakan untuk life planner dalam melengkapkan diri dengan pemikiran yang betul, kemahiran yang penting dalam melakukan perkhidmaan sebagai penasihat kepada pelanggan atau bakal pelanggan dan penentuan matlamat sebagai seorang life planner.
Kelas ni memang sangat bagus, banyak sangat ilmu dapat dikutip daripada penceramah dan juga dari peserta-peserta lain yang bersemangat betul dan suka memberi pendapat masing-masing . Kagum dengan penceramahnya Encik Amin, boleh hafal nama semua peserta, hampir 50 orang tu.
Kelas pula macam berada di sebelah air terjun. Ada makan-makan, mehun sedap, ramai yang tambah berkali-kali. Selesa, ada tandas dan surau yang selesa. Geram juga tengok kolam renang sebelah kelas tu, nasib tak bawa tuala.
Siapa tak ambil class SEED ni lagi, sila-sila lah daftar ye..
nota kaki : Nyesal pula berat tangan untuk ambil gambar.. Kan dah tak ada gambar nak letak..
in Blog
Feb25