Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut pembahagian faraid. Sebaliknya akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.
.
Harta yang boleh dihibahkan ketika hidup seeprti : hartanah, hartanah yang masih di dalam pembiayaan bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang berharga (seperti barang kemas, perhiasan, barang koleksi) , kenderaan, saham koperasi, unit amanah, akaun emas, akaun cds, dan akaun tabung haji.
.
Antara golongan yang dicadangkan sebaiknya membuat hibah keatas harta mereka yang kritikal:
.
PASANGAN SUAMI ISTERI YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK
Bermasalah kerana bahagian isteri hanyalah ¼ sahaja mengikut Hukum Faraid manakala bakinya ialah milik ibubapa simati atau adikberadik simati jika bapanya telah meninggal dunia lebih awal. Perbalahan sangat biasa berlaku di antara adikberadik dan pasangan simati.
.
PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMPUNYAI ANAK ANGKAT SAHAJA
Ini kerana anak angkat tidak mempunyai hak langsung ke atas harta pusaka ibubapa angkatnya. Ini bermakna semua harta pusaka adalah milik ibubapa simati atau ibu dan adikberadiknya jika bapa telah meninggal dunia lebih awal.
,
PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA
Ini kerana sekiranya bapa simati telah meninggal dunia lebih awal, harta pusaka menjadi milik ibu ( jika masih ada ), pasangan, anak-anak perempuan dan adik beradik simati.
.
PASANGAN YANG MEMPUNYAI ANAK OKU
Hukum Faraid tidak pernah membezakan anak normal dan anak OKU. Ia hanya membezakan anak lelaki dan perempuan sahaja. Anak OKU berkeperluan untuk lebih harta kerana dia tidak mampu memperoleh pendapatan dan menjaga dirinya sehingga ke penghujung hayat.
.
PASANGAN YANG MEMPUNYAI ANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN
Seringkali berlaku keadaan di mana suami isteri meninggal dunia serentak akibat kemalangan dan meninggalkan anak-anak di bawah umur 18 tahun. Harta yang berhak ke atas anak-anak ini akan dipegang oleh pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah. Sekiranya pemegang amanah ini menjalankan tanggungjawab dengan baik, anak-anak ini akan terbela. Sekiranya sebaliknya, nasib anak-anak ini akan terjejas.
.
PASANGAN YANG MEMPUNYAI ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
Anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian. Ibubapa dalam masa yang sama menyayangi kedua-dua anak lelaki dan perempuan sama rata dan mahukan juga hartanya dibahagikan secara sama rata kepada semua anak-anak.
.
SUAMI ATAU ISTERI YANG MEMILIKI RUMAH YANG MASIH DI DALAM PEMBIAYAAN BANK
Rumah dimiliki oleh suami atau isteri. Apabila mereka meninggal dunia maka pasangan yang ditinggalkan perlu menjelaskan baki pembiayaan perumahan yang masih tertunggak. Walaupun kebanyakan pembiayaan perumahan mempunyai insuran atau takaful MRTA/MRTT, didapati dalam kebanyakan keadaan, baki pembiayaan tidak diselesaikan sepenuhnya oleh insuran / takaful ini. Pasangan perlu bertungkus lumus menyelesaikan tunggakan pembiayaan bank dan selepas ia diselesaikan, waris-waris lain seperti ibubapa ( jika masih hidup) atau adik beradik ( jika tiada anak lelaki ) tetap mempunyai hak ke atas rumah ini.
.
PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMBELI RUMAH SECARA PEMBIAYAAN BERSAMA (JOINT NAME)
Jika salah seorang dari pemohon pembiayaan bersama ini meninggal dunia, separuh bahagiannya ke atas rumah tersebut adalah harta pusakanya yang mengikut Hukum Faraidnya waris-waris mempunyai hak. Sekiranya ibubapanya masih hidup ketika itu, maka selain pasangan dan anak-anak, ibubapanya juga mempunyai hak sebanyak 1/6 setiap seorang ke atas rumah tersebut. Jika ibubapanya meninggal dunia selepas itu, 1/6 bahagian setiap ibu atau bapa ini, akan diwarisi pula oleh adik beradik simati. Ini bermakna pasangan, anak-anak dan adik beradik simati akan sama-sama mempunyai hak ke atas rumah tersebut!
.
SUAMI YANG BERPOLIGAMI
Apabila suami mati meninggalkan seorang isteri, jika suami mempunyai anak , bahagian isteri ialah 1/8. Namun jika terdapat 2 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/16 bahagian. Jika terdapat 3 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/24 bahagian dan jika terdapat 4 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/32 bahagian tanpa mengira isteri yang pertama atau keempat.
.
INDIVIDU YANG KEMATIAN PASANGAN DAN BERKAHWIN SEMULA
Apabila keadaan ini berlaku, sentiasa wujud masalah di antara anak-anak suami dan isteri baru suami. Anak-anak akan sentiasa menganggap bahawa isteri muda ayah mereka hanya berkahwin dengan ayah kerana ingin membolot harta ayah mereka dan sebaliknya.
.
Mac19