Mei11
Semalam aku telah hadiri satu bengkel “Workshop for Registration of Real Estate Negotiators” yang telah diadakan di fakulti FSPU, UiTM Shah Alam. Aku malas nak pergi sebenarnya. Yuran RM450 beb. Setelah aku dipaksa pergi juga, terpaksalah pergi hahaha… Lagipun dekat je.
Kena pergi, wajib!! Lebih kurang macam tulah bos aku kata. Mulai 1 May 2014 semua Real Estate Negotiators kena pakai ID tag yang dikeluarkan oleh Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents, Malaysia, kalau nak berurusan jual-beli hartanah kat Malaysia ni. ID tag ni ada kod QR, boleh scan untuk tahu kita ejen sah ke tak sah. Nak dapat ID tag ni kena jadi ejen berdaftar, kena ambil khusus satu hari yang dianjurkan Board.
Masalahnya, kalau dah jadi berdaftar, bila ada salah-laku, orang boleh buat report pada Board, kita dan syarikat yang kita bernaung akan dikenakan tindakkan dan akan ada dalam rekod. Lepas tu susah la kita nak cari makan kalau dah rekod buruk kan sebab orang boleh cek. Padan la muka, siapa suruh tak ikut peraturan. Jadi, jadi ejen berdaftar memudahkan pihak Board memantau dan meningkatkan kualiti keprofesionalan ejen-ejen hartanah ni.
Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents, Malaysia adalah dibawah kementerian kewangan Malaysia, menterinya adalah Perdana Menteri lah kan. Boleh la nak bangga, walaupun real estate negotiatior macam aku duduk paling bawah sekali.
Bagi ejen yang tak berdaftar atau orang kata Broker Maut, diorang memang tak terikat dengan mana-mana egensi kerajaan. Kerajaan pun tak tetapkan pun proses jual-beli hartanah perlu melalui ejen berdaftar. Terpulanglah pada pemilik atau pembeli untuk memilih yang berdaftar atau tidak, risiko masing-masing tanggung. Sumber berita boleh rujuk sini
Ok, sambung balik cerita semalam. Apa je yang diceritakan dalam bengkel sehari ni? Ini lah tajuk-tajuk besar yang aku kena hadap semalam:
1. Pengenalan kepada hartanah (Real Estate)
2. Memahami peraturan dan akta perunding hartanah.
3. Etika dan profession sebagai perunding hartanah.
4. Piawai sebagai perunding hartanah.
5. Undang-undang berkaitan hartanah.
6. Amalan perunding hartanah.
Yang bagi ceramah kat kitorang bukan calang-calang orang beb.
1. Prof Madya SR Abd Rahman Mohd Noor. (Dulu bos lama aku di Mitra Valuers & Property Consultant)
2. Prof SR Mohd Yunus A. Rahman. (Beberapakali juga nampak di Mitra dulu. Sekarang masih pensyarah senior di UiTM)
3. Tn Hj Sr Nizarudin Asmuni (Members of Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents, Malaysia)
Makan juga disediakan, 3 kali beb. Tak payah dah nak keluar cari makanan tempat lain. Aku pun tak sempat la nak balik rumah tidur sepejam dua.
Agak mencabar jugalah bengkel yang aku pergi kali ini. Mengantuknya lain macam.
Itu sahaja perkongsian aku kali ini. Yang sempurna datang daripada Allah, segala kekurangan adalah daripada kelemahan aku sendiri, harap dimaafkan.
in Blog
Salam tuan .. ada tau tak mana2 kursus advanced (ie skill nk obtain listing, close negotiation) area klang valley utk REA ni