Alhamdulillah pada 29 Mac 2014 minggu lepas aku diberi kesempatan Ilahi untuk sertai Seminar BOM di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur. Yang aku tahu makna ‘BOM’ itu bukanlah bahan letopan yang digunakan ketika berperang, bukan juga kuih bom dan yang pasti bukan melepaskan bom atau buang angin, pasti seminar ini tidak diadakan di dalam dewan yang begitu cantik dan indah.
‘BOM‘ itu adalah pendek kata untuk ‘Begining Online Marketing‘. Untuk orang yang baru nak belajar buat pemasaran dalam talian je rupanya, memang sesuai untuk aku hihi..
Sebelum terlupa, nak bagitahu seminar yang hebat ini telah dianjurkan oleh ganeral sifu Faisal Abdullah, dari nasihatniaga.com, seorang pakar BOM, eh bukan, pakar pemasaran secara dalam talian (online) yang telah berjaya menjadikan ramai pengusaha, peniaga, penganggur, pelajar dan juga suri rumah pembayar cukai dan zakat yang banyak, juga rajin memberi sedekah. Alhamdulillah..
Sifu Faisal Abdullah
Seminar dimulakan dengan ta’aruf diri beliau kepada peserta yang hadir. Dulu beliau adalah seorang lelaki yang pemalu dan malu giler dengan makhluk yang dikategorikan sebagai wanita. Same la kita! ada seorang peserta menguatkan suaranya, aku cakap dalam hati je. Tidak suka juru-jual dan tak suka dengan berniaga sebabnya masa kecik-kecik dulu ibu-bapa beliau berniaga, kalau berniaga ni kan nampak macam huru-hara je kan, dia ternanti-nanti bila la nak berakhir keadaan macam tu, rupanya tak berakhir pun. Lepas tu sikit- sikit beliau mula berjinak-jinak berniaga, niaga macam-macam, jual produk perempuan yang banyak pulak tu, hasil kajian beliau untuk atasi masalah malu dengan kaum tersebut membuatkan beliau menjadi melampau-lampau terel menjual tanpa perasaan sehingga kini.
Mind Set Gerai Burger
Sifu Faisal Abdullah menegaskan seorang businessman perlulah mencari business, cari sales, buat banyak duit masuk . Bukan sibuk nak belajar design, belajar html nak buat kedai online sendiri. Masa adalah intipati utama dalam menjayakan perniagaan yang akan bagus. Lagi lambat masuk pasaran lagi lambat nak lihat keputusan dan kos pun bertambah.
Contoh macam gerai burger, pilih lokasi yang banyak trafik, upah orang buat gerai burger, mula-mula masak sendiri, bila dah masyuk, upah orang lain masak burger, cari port baru dan buat benda yang sama. Lebih kurang macam tu la yang aku faham. Jadi kita pun buat macam tu lah, benda teknikal tu upah je orang buat, kita fokus cari produk yang berpotensi lepas tu jual dengan teknik yang paling buat orang suka nak beli.
Branding atau imej perniagaan tak penting sangat buat permulaan, yang penting buat duit masuk. Syarikat besar-besar semua buat branding, tapi diorang buat branding bukan untuk dapat duit. Fokus paling penting adalah utamakan apa yang pelanggan nak dan akan dapat kalau datang kedai online kita.
Pemasaran online dan konvensional.
Konsep pemasaran untuk perniagaan konvensional atau offline macam restoran ke butik ke adalah lebih kurang sama dengan pendekatan yang perlu di praktikkan untuk perniagaan secara online.
Formula:
- M – Market
- T – Traffic
- C – Convert
- C – Competition.
Terdapat 2 fasa iaitu masa testing dan fasa launching. Fasa testing adalah untuk validate permitaan terhadap produk/servis yang ingin dipasarkan dan juga menguji chanel-chanel pemasaran kita.
Kelebihan pemasaran secara online ini, kita boleh mengkaji potensi sesuatu produk atau servis yang ingin dipasarkan. Ya kita boleh tahu berapa ramai orang yang sedang mencari sesuatu produk tu.
Tuan Faisal Abdullah juga mendedahkan beberapa cabang pengiklanan yang patut kita kuasai. Yang menariknya ada yang kos pengiklanannya begitu murah sekali.
Kalau menjual sesuatu produk diinternet, apa yang perlu ada adalah :
- Relevent
- Offer
- Trust/credebility
- Bukti/testimoni
- Cepat/mudah
- Produk/Pakaging
Tiga fasa menjual yang boleh diwujudkan kepada pelanggan iaitu Front end, Flagship dan Back end.
Menyelami Customer Avatar
Customer avatar adalah ciri-ciri pelanggan dalam perniagaan kita. Dalam sesebuah perniagaan boleh memiliki beberapa customer avatar. Reka customer avatar itu berdasarkan kepada Masalah/ketakutan, keinginan/impian, demografi pelanggan seperti umur, lokasi, pekerjaan, kemudian sebab-sebab pelanggan itu tidak mungkin akan beli pada kita, dan akhir sekali dimana mereka mencari sesuatu maklumat berkenaan produk itu.
Dengan membina customer avatar, kita boleh fokus memasarkan perniagaan kita berdasarkan ciri-ciri didalam customer avatar tadi.
Penceramah jemputan
Puan Siti Natasya Roslan, telah menjadi PR selama 5 tahun, membantu banyak syarikat besar menggunakan media dengan kos yang rendah, kini beliau telah berkerja sendiri dan menjadi founder Adriani Butik.
Beliau telah mendedahkan formula MEDIA
- M – Market/media
- E – Editor
- D – Different
- I – Individualize
- A – Apreciation.
Sebenarnya banyak info-info menarik dan perkara teknikal yang telah didedahkan. Tetapi disebabkan kekekangan masa, ini sahaja yang dapat aku kongsikan buat masa ini. Yang baik dan sempurna datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya.
Kata Sayidina Ali ra kepada Kamil bin Ziyad:
“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, dan harta sebaliknya semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”
in Blog
Apr04