Encik Fakrul adalah seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta dan baru sahaja berkahwin dengan tunangnya.
Suatu hari seorang pemuda dari syarikat takaful terkemuka di Malaysia bernama Syamsul telah memperkenalkan dirinya kepada Encik Fakrul untuk berkongsi kebaikkan Pelan Perlindungan Takaful daripada syarikatnya.
Setelah selesai memberi penerangan, encik Fakrul menyatakan pelan ini sangat hebat sambil membuat isyarat tangan bagus kepada agent takaful itu. Beliau meminta untuk berfikir dan berbincang bersama isterinya dirumah.
Perunding takaful itu sangat seronok, hatinya berbunga-bunga seperti baru berjaya mengorat seorang wanita yang sangat cantik. Dia merasakan yang encik Fakrul telah berjaya di pukau dengan penerangan dan kata-katanya yang sangat bernas.
Tujuh tahun kemudian, pada usia 37 tahun, Encik Fakrul telah berjawatan sebagai pembantu pengurus besar di syarikat itu dan gajinya RM6000 sebulan. Isterinya menjadi surirumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan 3 orang anak yang berumur 3 tahun, 5 tahun dan 7 tahun.
Beliau telah mengalami masalah buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan dialisis buah pinggang.
Rawatan ini mengambil masa selama 3 jam setiap 2 hari, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis dan ini akan berterusan seumur hidup beliau.
Encik Fakrul mempunyai insuran yang disediakan syarikat tempat dia bekerja sebanyak RM10,000 setahun untuk kemasukan ke hospital untuk setiap ahli keluarga.
Kos setiap rawatan dialisisnya adalah RM150 x 3 = RM450 seminggu. Bermakna sebulan kosnya berjumlah RM1,800, manakala setahun adalah RM21,600 dan kos ini ditanggung oleh majikan & Insuran pekerja.
Pada ketika ini, encik Fakrul bekerja 3 hari seminggu sahaja dan kerap mengambil cuti sakit (MC) sebab rawatan dialisis ini menyebabkan keletihan.
Prestasi kerja encik Fakrul sebagai pembantu pengurus besar disyarikatnya telah merosot. Kerja-kerjanya telah banyak ditangguhkan dan dia telah menerima komen buruk oleh bahagian lain. Oleh kerana itu, encik Fakrul terpaksa meletak jawatan di syarikat tersebut.
Semasa encik Fakrul ingin meletak jawatan, dia ada bertanya ketua bahagian pengurusan pekerja (HR) samaada kos rawatan dialisisnya boleh diteruskan oleh pihak syarikat, tetapi jawapanya tidak boleh.
Apa yang telah terjadi kepada seorang bergaji RM6,000 sebulan selepas perlu mendapatkan rawatan dialisis?
Rawatan ini telah menyebabkan encik Fakrul terpaksa meletakkan jawatan di syarikat dia bekerja dan tiada sebarang insuran atau takaful boleh menanggung kos rawatan dialisisnya.
Apa jadi setelah tiada pendapatan RM6000 sebulan? Kos rawatan dialisis ditanggung sendiri daripada simpanan sepanjang beliau bekerja. Rumah, kereta, kos rumahtangga ditanggung oleh isteri yang mula berkerja. Bagaimana pula dengan kejutan gaya hidup yang dialami anak-anak beliau yang sedang membesar nanti?
Tujuh tahun sebelum itu, encik Fakrul tidak mengambil apa-apa pelan perlindungan takaful. Ketika itu beliau kelihatan sihat dan berpendapatan tetap. Pemuda bernama Syamsul yang telah membuat follow-up beberapa kali memujuk mengambil perlindungan takaful daripada dia telah dilayan sepi dan sinis kerana menganggap syarikatnya telah menyediakan lebih daripada cukup.
Apa jadi kepada keluarga ini?
Encik Fakrul jadi bapa sepenuh masa dan isteri mula bekerja bergaji sebanyak RM2500.
Apa perasaan encik Fakrul? Terima sahajalah..
Andaikata tujuh tahun lepas encik Fakrul dibukakan hati, termakan kata-kata nasihat dan cadangan Syamsul perunding takaful itu dengan mengambil keputusan terus tanpa bertangguh mengambil pelan perlindungan takaful yang sesuai dengan keperluan beliau, tentu beliau masih dilihat sebagai ketua keluarga yang macho yang mampu mengukirkan seyuman yang menampakkan gigi menghadapi dugaan yang menimpanya ketika ini.
Sekiranya encik Fakrul menyediakan Pelan perlindungan takaful Takaful berikut pada usia 30 tahun:
Investment-Linked Takaful Plan A-LifeLink-i : RM100,000
Attached Rider(s):
A-Plus DisabilityCare-i (APDC) : RM100,000
A-Plus Critical Care-i (APCC@100) : RM100,000
A-Plus Med-i (APM) (Orang dilindungi) : Bilik RM150 (Medical Card)
A-Plus HospitalIncome Extra-i (APHIE) : RM100
A-Plus AccidentShield-i (APAS) : RM100,000
A-Plus WaiverExtra-i (APWE@100)
Dengan caruman kurang daripada RM300 sebulan, encik Fakrul telah menyediakan dana pampasan sebanyak RM100,000 kepada waris sekiranya meninggal. Mendapat pampasan RM100,000 sekiranya lumpuh kekal. mendapat pampasan sebanyak RM100,000 sekiranya mendapat penyakit kritikal. Mendapat Kad Perubatan (Medical card) untuk menampung kos kemasukkan ke hospital, rawatan dialisis, rawatan kanser, fisioterapi dan akupuntur. Mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari sekiranya dimasukkan kehospital dan RM300 sehari sekiranya dimasukkan ke icu. Mendapat pampasan sekiranya kemalangan. Memiliki nilai simpanan sebanyak RM 71,700 dalam tempoh 30 tahun bergantung pada prestasi dana. Sekiranya mendapat penyakit kritikal atau lumpuh kekal, caruman akan dibayar pula oleh pengendali takaful untuk beliau tetap mendapat manafaat kad perubatan dan dana simpanannya tetap akan terkumpul sebanyak RM71,700 pada 30 tahun nanti walaupun beliau tidak mampu lagi untuk membayar caruman itu.
Encik Fakrul disahkan mengidap kegagalan buah pinggang tahap akhir (penyakit kritikal). Bermakna, kini encik Fakrul memiliki wang pampasan RM100,000.
Beliau dapat menjalani rawatan dialisis dengan sempurna dengan kos rawatan ditanggung menggunakan kad perubatan takaful (medical card).
Beliau dan isteri boleh mula berniaga secara kecil-kecilan dirumah. Kos rawatan dialisis beliau juga ditanggung dengan adanya kad perubatan takaful.
Beliau tidak perlu membayar caruman pelan takafulnya lagi kerana dibayarkan oleh pengendali takaful. Simpanan beliau didalam pelan takafulnya juga tetap bertambah.
Encik Fakrul menghubungi Syamsul si perunding takaful semula. Beliau ingin membuat perlindungan takaful untuk isteri dan anak-anaknya pula kerana beliau tahu betapa pentingnya Jaminan Kewangan dan Perlindungan Pendapatan dalam Pelan Perlindungan Takaful.
Bersambung..
Feb07