Back to top

Jul01

Cara murah perbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan saya yang dikasihi. Saya nak kongsikan cara perbaharui takaful kenderaan lebih murah dan perbaharui cukai jalan sendiri secara online.

.

Ada buat takaful kenderaan tak Syamsul? Ada, cuma untuk pelanggan saya, saya akan bagi terus link ke syarikat takaful itu. Sebab bagi saya ia mudah, tak perlu khidmat nasihat sangat pun.

Ada 3 cara daftar baru / perbaharui takaful kenderaan. Melalui agent macam saya, melalui portal online pihak ketiga dan melalui terus ke portal syarikat takaful itu.

Inilah dia link laman portal takaful kenderaan yang anda boleh daftar terus dengan syarikat takaful itu. Tak perlu isi agent kod dan berurusan dengan pihak ketiga. Link ini anda boleh google sahaja. Saya mudahkan dengan letak disini.

  • Etika Takaful
  • Takaful Ikhlas
  • Takaful Malaysia
  • Zurich Takaful

.

Kelebihan terus dari link syarikat takaful, sedikit lebih murah walaupun tak banyak, sebab tak ada komisen. Lepas itu ada dapat rebat tambahan dan boleh tambah perlindungan tambahan ikut kesesuaian keperluan dan bajet tanpa tekanan.

Bolehlah cuba-cuba bandingkan dengan portal pihak ketiga dan dengan yang terus dari syarikat takaful ini.

.

.

2. Perbaharui cukai jalan (Lesen kenderaan motor) sendiri secara online / apps.

Dah daftar takaful kenderaan, bolehlah perbaharui cukai. Boleh melalui laman web atau apps.

  1. Jika melalui laman web, pergi ke My Sikap. Jika melalui apps, download apps MyJPJ di henfon.
  2. Login atau daftar jika belum pernah daftar.
  3. Untuk perbaharui cukai kenderaan, pergi ke bahagian kenderaan, ke bahagian transaksi pilih pembaharuan lesen kenderaan motor.
  4. Boleh rujuk faq berkaitan applikasi MyJPJ disini.

.

.

.

Contoh didalam aplikasi MyJPJ

.

.

Sekarang dah tak perlu papar cukai jalan di cermin kereta, boleh print dan simpan dalam kereta.

.




.

.

Semoga bermanafaat.

.

..

.

.

Review perlindungan takaful anda – Takaful keluarga. Takaful kelompok. Takaful Am. Takaful komersil. Takaful manafaat pekerja.

Saya boleh beri cadangan pelbagai produk takaful dari pelbagai syarikat takaful yang sesuai untuk individu dan syarikat. : ✅ AIA PUBLIC TAKAFUL ✅ HONG LEONG MSIG TAKAFUL ✅ PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ✅ GREAT EASTERN TAKAFUL ✅ ETIQA TAKAFUL ✅ TAKAFUL IKHLAS ✅ ZURICH TAKAFUL ✅ SUNLIFE TAKAFUL ✅ TAKAFUL MALAYSIA

Simpanan Pelaburan Persaraan – Samaada melalui EPF – PMART. Atau secara tunai – PMA.

Saya bantu pelbagaikan simpanan pelaburan untuk persaraan anda dengan akses ke lebih 600 dana unit trust dari lebih 20 syarikat unit trust di Malaysia. Pastinya ditempat yang selamat dan dikawal selia badan berautoriti.

Perancangan pewarisan harta Islam – Ramai yang mahu meninggal dengan tenang dan tidak mahu meninggalkan masalah kepada waris.

Saya boleh bantu membuat perancangan pewarisan secara custom-made mengikut hasrat setiap individu yang berbeza-beza dan memberi konsultansi dan penerangan perkhidmatan dari syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia, secara sesi 1 on 1. Ada lebih daripada 38 jenis solusi perancangan, seperti hibah, wasiat, amanah, Family office.
MOHD SYAMSUL  – Perunding Kewangan Islam berdaftar
HUBUNGI

.

.


            

in Uncategorized

  • Petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya.

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas