Setiap tahun apabila masuk bulan Mac sebahagian rakyat Malaysia yang prihatin akan mula dihantui oleh Lembaga Hasil, kerana perlu istihar dan bayar cukai pendapatan.
Antara kelebihan kepada anda yang miliki perlindungan takaful selain sebagai perancangan risiko kewangan, bayaran takaful itu juga layak mendapat pelepasan dalam cukai pendapatan anda.
Ada 3 kategori perlindungan takaful yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.
- Takaful hayat.
- Takaful berkaitan perubatan (Seperti kad perubatan, perlindungan penyakit kritikal dan sebagainya)
- Takaful untuk pendidikan anak.
.
Takaful hayat (Life). Bagi penjawat awam berpencen, anda layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM7,000. Bagi individu selain itu sehingga RM3,000.
.
.
Takaful pendidikan dan perubatan (Medical/Education) bayaran untuk manafaat pelan ini boleh dituntut sehingga RM3,000.
.
Agak banyak juga pelepasan cukai untuk takaful. Penjawat awam berpencen boleh layak hingga RM10,000. Untuk individu lain pula boleh layak hingga RM6,000.
.
Maknanya apa? Maknanya kerajaan amat menggalakkan kita miliki perlindungan insuran/takaful ni. Bagi mereka yang mempunyai bayaran cukai pendapatan yang banyak, rugi tak kurangkannya jika tak miliki perlindungan takaful/insuran yang secukupnya untuk kurangkan jumlah cukai anda.
.
.
JUMLAH YANG ANDA LAYAK UNTUK PELEPASAN CUKAI
Macam mana nak tahu takaful yang anda ambil itu berapa jumlah yang layak untuk pelepasan cukai dan jatuh dalam kategori yang mana?
- Dapatkan penyata bayaran takaful/insuran anda.
- Didalam penyata itu akan diberitahu kategorinya dan jumlah pelepasan yang layak.
.
Jom kita cuba ambil contoh satu pelan takaful kemudian kita semak berapa jumlah yang layak pelepasan cukai dan jatuh bawah kategori apa.
.
Katakan ini pelan takaful encik Ali. Dalam penyata ini terdapat 2 kategori :
- LIFE iaitu insuran nyawa atau takaful hayat. En Ali layak mendapat pelepasan RM1,622 untuk kategori ini.
- MEDICAL iaitu insuran/takaful perubatan. En Ali layak mendapat pelepasan RM1,825 untuk kategori ini.
.
Katakan encik Ali seorang bukan penjawat awam berpencen. Untuk kategori LIFE, jumlah maksimum yang diberi untuk pelepasan cukai encik Ali adalah RM3,000. Tetapi encik Ali cuma layak sehingga RM1,622 sahaja.
Untuk kategori MEDICAL pula, jumlah maksimum yang diberi untuk pelepasan cukai encik Ali adalah RM3,000. Tetapi encik Ali cuma layak sehingga RM1,825 sahaja.
.
Katakan encik Ali ada 2 pelan sama seperti ini. Untuk kategori LIFE jumlah bayaran sumbangan jadi RM1,622 + RM1,622 = RM3,244. Melebihi jumlah maksimum pelepasan cukai yang dibenarkan. Jadi jumlah pelepasan cukai yang layak dituntut hanya RM3,000.
Untuk kategori MEDICAL pula jumlah bayaran sumbangan jadi RM1,825 + RM1,825 = RM3,650. Melebihi jumlah maksimum pelepasan cukai yang dibenarkan. Jadi jumlah pelepasan cukai yang layak dituntut hanya RM3,000.
.
Mudah kan. Jadi, dapatkanlah penyata bayaran sumbangan setiap pelan takaful anda melalui portal pelanggan yang disediakan.
Setiap tahun syarikat takaful akan keluarkan penyata ini dalam bulan Feb.
Saya sediakan link setiap portal pelanggan beberapa syarikat pengendali takaful untuk anda dapatkan penyata sumbangan tahunan pelan takaful anda:
- MyAIA
- HLMT360
- MyZurichLife
- i-Get in touch
- PruBSN Touch
- Takaful Ikhlas OCA
- Etiqa Takaful MyAccount
- Takaful Malaysia myTakaful Customer
- SunAccess Sun Life
- AmMet Life Takaful
- FWD Takaful
.
.
ISI BORANG E-FILING BE
Mungkin ada yang dah lupa macam mana nak isi borang e-filing kan, maklumlah setahun sekali, boleh rujuk video ringkas dibawah ini.
.
Video 1: Panduan ringkas Isi borang e-fiing untuk BE
Video 2 : Pertama kali nak isi? Rujuk video ringkas ini.
.
.
PEMBAYAR CUKAI ADALAH WIRA NEGARA.
Dengan membayar cukai, anda telah berkongsi pendapatan anda demi kemakmuran bersama seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih pembayar cukai. Andalah wira negara.
Video 1 : Manfaat cukai untuk kemakmuran bersama
.
.
Video 2 : Ada orang sampai nak cium tangan pembayar cukai tau.
.
.
TIPS CUKAI
Ada beberap tips yang dikongsikan yang mungkin berguna untuk anda dalam mengurangkan nbayaran cukai.
Video 1 : Tips kurang cukai bagi pasangan suami-isteri
.
Video 2 : Manfaatkan pelepasan cukai.
.
Video 3 : Manfaatkan rebat cukai.
.
Video 4 : Tips kurangkan cukai melalui insuran / takaful.
,
Video 5 : Tips kurang cukai – peralatan sukan.
.
Video 6 : Tips cukai bagi yang ada pendapatan perniagaan.
.
Video 5 : Waris Pembayar Cukai Sudah Meninggal Dunia Diburu.
.
.
KADAR CUKAI MENGIKUT PENDAPATAN
Jangan ingat cukai pendapat kita sikit2 je, boleh kumpul bertahun2 nak bayar lampsum buat macam bayar cukai tanah tu.
Cuba rujuk jadual bawah ni.
Kadar cukai 2022
.
Kalau banyak jumlah cukai anda, banyak lah yang anda sumbang kepada negara.
Semoga bertambah sayang kita dengan negara kita.
.
.
RINGKASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
Sebelum berakhir, saya ringkaskan apa yang perlu kita tahu mengenai cukai pendapatan ini :
- Setiap pendapatan atau keuntungan daripada pekerjaan, perniagaan dan sebarang aktiviti komersial boleh dikenakan cukai. Contohnya seperti gaji, komisen, bonus, kerja lebih masa, hasil perniagaan atau profesion, pekerjaan, dividen, faedah, diskaun, sewa, royalti, premium, pencen, anuiti, hasil jualan hartanah dan lain-lain.
- Untuk makluman, individu yang mempunyai pendapatan pekerjaan tahunan melebihi RM37,333 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Bagi yang hanya ada pendapatan dari perniagaan, anda perlu mendaftar fail cukai dan melaporkan pendapatan tidak kira berapa sedikit pendapatan tahunan anda, kerana tiada syarat pendapatan minimum.
- Bagi yang berkahwin, boleh pilih nak isi borang secara bersama atau secara berasingan.
- Ketahui senarai pelepasan cukai yang ditawarkan kerajaan untuk anda manafaatkan sebaiknya bagi mengurangkan kadar bayaran cukai anda.
- Potongan Cukai Bulanan (PCB) adalah cukai anggaran bagi membantu anda bayar sikit-sikit. Jumlah cukai sebenar pula diketahui selepas anda isi borang secara lengkap pendapatan dan pelepasan dalam borang e-filing anda. Jika jumlah cukai sebenar anda lebih daripada jumlah PCB, anda kena bayar baki yang kurang. Jika jumlah cukai sebenar anda kurang daripada PCB pula, lebihan bayaran akan dipulangkan dalam 30 hari selepas anda hantar e-filling.
- Tak semestinya anda isi borang e-filling kemudian anda kena bayar cukai. Bergantung kepada jumlah pendapatan dan jumlah pelepasan cukai yang layak anda dapat.
- Anda juga tidak perlu bayar cukai di Malaysia jika bekerja kurang daripada 60 hari di Malaysia atau semua pendapatan anda diterima dari luar Malaysia.
- Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, “Kegagalan (tanpa alasan munasabah) mengisi Borang Penyata Cukai Pendapatan” boleh dikenakan denda RM200 hingga RM2,000, penjara atau kedua-duanya sekali.
- Sekatan perjalanan keluar negara juga boleh dikenakan.
- Selain itu, “Sengaja atau dengan niat mengelak membayar cukai/membantu orang lain mengelak membayar cukai” membawa hukuman yang lebih berat iaitu denda sebanyak RM1,000 hingga RM20,000, penjara atau kedua-duanya sekali, dan tambahan 300% atas cukai terkurang lapor.
- Simpan rekod berkaitan paling kurang 7 tahun untuk mudah rujuk ketika isi borang cukai dan ketika pegawai LHDN panggil untuk buat semakan. Seperti rekod pendapatan, perbelanjaan perniagaan, resit bayaran, penyata, baucar dan sebagainya.
- Pautan untuk isi borang e-filling anda serta info dan panduan berkaitan: mytax.hasil.gov.my
- Bila tarikh akhir? 30 April untuk yang tiada pendapatan perniagaan. 30 Jun untuk yang ada pendapatan dari perniagaan.
- Selepas meninggal dunia, pentadbir atau waris yang menguruskan harta pusaka simati akan dipertanggungjawabkan membayar tunggakan cukai ditinggalkan si mati sekiranya ada. Jadi, peringatan untuk kita yang masih hidup ini, janganlah merisiko dan membebankan waris kita akibat daripada ketidakprihatinan kita melaporkan pendapatan dan membayar cukai pendapatan ini.
- Soalan biasa ditanya mengenai takaful : Saya bayarkan takaful isteri saya, saya boleh claim tak bayaran itu bawah cukai saya? Kalau anda buat istihar cukai bersama pasangan, boleh. Tapi kalau istihar secara berasingan, tak boleh.
- Soalan biasa ditanya mengenai takaful : Saya bayarkan takaful anak-anak saya, tetapi pemilik sijil takaful anak-anak saya adalah isteri saya, boleh tak saya tuntut bayaran itu dibawah cukai saya? Kalau anda buat istihar cukai bersama pasangan, boleh. Tapi kalau istihar secara berasingan, tak boleh. Isteri sahaja layak tuntut, sebab pemilik takaful anak itu adalah isteri.
.
.
.
Tahniah kepada anda yang dah selesai istihar, hantar dan bayar cukai pendapatan tu. Kepada yang belum lagi, cepat-cepatlah buat sebelum tarikh akhir ye.
.
.
Mac18