Untuk bina laman web atau blog kita sendiri contoh seperti blog duniasaya.net ini, perlu membeli hosting dan domain.
Hosting ialah seperti tapak untuk laman web atau blog kita, tempat menyimpan data-data. Ia seumpama kita beli tanah maya.
Domain ialah nama laman web atau blog kita.
Dimana kita nak beli?
Kita boleh cari diinternet. Harga hosting dan domain adalah berbeza antara syarikat dengan syarikat penyedia hosting yang lain bergantung pada pakej dan ciri-ciri hosting yang ditawarkan.
Agak susah nak pilih dan bandingkan mana yang betul-betul bagus sesuai dengan keperluan kita dan perkhidmatan seperti yang diharapkan selagi kita tak cuba sendiri. Ada yang murah tapi pakej yang diberi banyak kekurangan, ada yang laman web jualan canggih dan cantik tapi pakej kurang menarik. Ada juga yang di syorkan sebagai yang terbaik oleh banyak pihak tapi perkhidmatan pula sangat tidak memuaskan hati.
Saya sendiri dah mengalami keadaan-keadaan sukar, ada yang saya sampai terpaksa membuat semula laman web yang dibina sebab pihak syarikat tak berjaya recover semula.
Saya tak berani cadangkan nak beli hosting dan domain dimana. Cuma dari beberapa webhosting yang telah saya guna, setakat ini saya selesa dengan perkhidmatan dari http://klserver.net/
Cara membeli hosting dan domain :
Pergi ke http://klserver.net/. pilih mana-mana plan yang sesuai. Ada pelan Newbie, Kacak, Macho dan Super Macho. Pilih pelan Macho kalau perasan macho lah. Klik pada See Details. Kemudian klik Order Now. Harga hosting RM90 setahun
Apa nama domain yang kita nak beli? Pilih nama untuk laman web atau blog yang kita nak bina itu. Isi diruang disediakan dan pilih [dot] pilihan kita. contoh yang biasa orang pilih : .com, .net. Harga RM40 setahun. Nak letak .my atau .com.my pun boleh tapi mahal sikitlah Rm100 setahun. Kemudian tekan Click to Continue, tekan Add to Cart, kemudian tekan lagi Update Cart dan tekan Checkout.
Isi maklumat detail. Setelah lengkap, klik Complete Order. kemudian kita akan dapat email pengesahan dan invoise untuk buat bayaran secara online ke akaun bank yang telah diberi.
Setelah bayaran dibuat dan pihak syarikat dah sah kan bayaran, kita akan terima email maklumat domain dan hosting yang dibeli.
Kemudian ikut arahan seperti didalam email:
1) Login —> http://manage.klserver.net/client/clientarea.php
2) Click “Services” > “My Services”
3) Product/Service > “View Details” (right)
4) Manage Account:
Click to > Install Applications
Click to manage > FTP, Email, Domain, Databases
Click to > “Log In to cPanel”
or
4) Tab > “Change Password” to see your cpanel password
Semoga berjaya.
Tak faham? Boleh utarakan soalan dibahagian komen ye..
Nov24