Back to top

Feb13

Apa perasaan anda, bila ada saudara rapat atau kawan tiba-tiba Whatsapp anda dengan ayat berikut

Apa perasaan anda, bila ada saudara rapat atau kawan tiba-tiba Whatsapp anda dengan ayat berikut:

“Din, aku ada meniaga barang sikit ni dan blah blah blah blah…” (Anggap Din tu nama anda)

Apa persepsi anda ketika tu?

Anda tentu akan mula rasa kurang selesa. Risau saudara rapat atau kawan anda tu offer pasal bisnes dia ke, minta beli barang dia ke. Anda akan mula menjauhkan diri. Kan?

Biasanya, Whatsapp Seen saja, tapi tidak berbalas.

.

.

Kita akan lagi teruja bila saudara rapat atau kawan tu Whatsapp begini:

“Din, aku nak belanja ko makan sedap ni, sebab aku ada dapat duit lebih sikit dari hasil meniaga bulan ni ”

Kalau ini lah ajakan dari dia, hati kita mesti rasa lebih teruja kan?

On the spot balas!

.

.

Itulah realitinya. Pahit tapi ini realiti.

Tidak kira serapat mana pun hubungan tu, kita biasanya lebih tertarik pada HASIL usaha mereka, berbanding usaha itu sendiri.

Bila mereka di awal usaha dan melakukan penjualan, orang pertama yang akan mempercayai adalah orang asing.

Tak percaya? Siapa yang dah lalui lebih tahu.

Jika benar anda begitu teruja membantu berbanding orang asing, kenapa kerap kali kita dengar,

“Bagi harga kawan-kawan lah bro!”

Jika kita nak ‘tolong’ pun, kita nak cekik harga paling murah.

.

.

Betul lah, walaupun serapat mana pun orang itu dengan kita, majoriti suka kongsi hasil, tapi bukan proses.

Bila kita sedang berpeluh busuk, majoriti menjauhkan diri.

Bila kita sudah wangi, ramai akan kembali mendekatkan diri.

Semoga kita tak tergolong dalam golongan seperti ini.

Peringatan untuk diri aku sendiri.

Muhammad Zukermi Bin Edi

in Nota Best

Leave a Reply Cancel reply

Dapatkan Update Terkini!

Isi alamat emel anda disini, dapat saya update selalu nanti.

Blog Dunia Saya : kategori

  • Buku
  • Hartanah
  • Seminar
  • Unit amanah
  • Takaful
  • ASB
  • Cherite Bezs
  • I’m Life Planner
  • Jalan-jalan
  • Lagu Pilihan
  • Pelaburan Unit Amanah
  • Penyakit kritikal
  • Perlindungan Takaful
  • Riadah
  • Hartanah untuk dijual
  • Aktiviti
  • Surah pilihan
  • Tip Jualan Hari Ini

Waktu Solat Shah Alam dan sewaktu dengannya

Pelan Perubatan Mampu Milik

kad side

CLIK SAYA

PROJEK PERUMAHAN TERKINI

violet12A

INGIN MENJUAL RUMAH ANDA?

Cara jual rumah pantas

KLIK DISINI UNTUK KAMI BANTU MENJUAL RUMAH ANDA KEPADA SENARAI PEMBELI KAMI YANG BERMINAT

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas