Kesilapan terbesar ramai orang anggap bila dah ada kad perubatan, mereka tak perlu bayar satu sen pun untuk rawatan dan kemasukan hospital.
Tanggapan ini tidak tepat..
Memang ramai yang akan cakap, “kenapa saya kena bayar dulu untuk masuk wad hospital sedangkan saya dah ada medical card?
Cuba saudara saudari sekalian baca dengan teliti ya..
Walaupun penanggung insurans menawarkan kad perubatan yang menyediakan coverage dan akses untuk rawatan, namun Medical Card anda bukanlah jaminan bahawa proses itu akan 100% cashless.
Sesetengah kemasukan hospital memerlukan yuran kemasukan atau pemprosesan pendahuluan. Ada sesetengah hospital pula meminta anda membayar deposit walaupun anda mempunyai Medical Card. Caj deposit yg dikenakan bergantung kepada hospital.
Polisi pelan perubatan adalah polisi yg kita harus miliki utk sepanjang hidup kita. Seandainya baru aktif dalam setahun, ianya sebenarnya masih baru.
Jika masih dalam tempoh satu tahun dan berlaku kemasukan hospital, anda masih dinasihatkan utk bersiap sedia dengan tunai sekiranya pelan perubatan anda tidak berfungsi sebagai Cashless. Jika punca kemasukan anda ke hospital itu perlu disiasat, kemungkinan anda perlu membayar dahulu dan akan menuntut semula selepas selesai siasatan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Rancanglah kewangan anda demi masa depan. Semaklah Pelan perubatan anda dan rujuklah pada Perunding Takaful.
Ogo29