Apr21
“Bro tak payahlah susah-susah nak promote medikal kad ni kat saya, pergi la jual kat orang lain. Saya kerja kerajaan. Kos rawatan semua kerajaan tanggung. Free.. Saya layak wad 1st Class”. Adoi… Amik kau.. Sekali kene sound.. Kami sebagai agen dah biasa dengan ayat-ayat pedas macam ni.
Dalam dunia ni mana ada benda free. Kita lihat kes-kes di bawah buat renungan bersama.
Kes 1 : Betulkah semuanya FREE di hospital kerajaan
Ramai yang anggap, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes di mana pesakit (walau kakitangan kerajaan sekali pun) terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan.
Ada seorang kakitangan kerajaan yang anaknya berumur 11 tahun yang akan menjalani pembedahan tulang belakang bengkok. Perbelanjaan pembedahan tersebut memakan belanja sebanyak Rm50k.. Dia telah memohon bantuan perubatan dari kerajaan tapi yang diluluskan hanya RM18k sahaja..Bakinya RM32k! Mujur dia ada buat macam-macam bisnes, boleh la tampung. Dalam hati saya, mampukah saya cari wang sebanyak tu..
Ini membuktikan, walau pun kita kerja kerajaan, kita tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.
Kes 2 : Menunggu giliran untuk pembedahan
Selain itu, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pesakit terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalaulah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana? Sanggupkah kita tunggu dan berserah begitu sahaja?
Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi, macamana? Sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti “Tayar Spare” di kereta kita.
Cuba kita fikirkan, kenapa kita usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan – langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan “Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah”. Jadi, sama la juga keadaan medical card. Oleh kerana kita tak tau bila kita sakit, sebab tu kita perlu ada medical card.
Apa fungsi medical card ni sebenarnya?…
- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad. Tak kisah sakit apa pun.
- Yang paling penting, medical card ni akan bayar bil hospital terus ke hospital. Kalau bil sampai puluh-puluh ribu, mana nak cekau duit? Atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?
Kes 3 : Minta derma untuk tanggung kos rawatan
Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang. Disebabkan tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.
Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana? Fikir-fikirkanlah.
Bertindaklah dengan segera selagi anda masih sihat dan mampu. Tiada gunanya berkerja menyimpan wang yang banyak tanpa medikal kad kerana wang yang anda simpan itu akan kehabisan menampung kos rawatan anda di hari tua nanti.
mohon share ye