5 GOLONGAN YANG MENCARI PERUNDING TAKAFUL, NO.5 PALING SELALU !
Selalunya perunding takaful yang kita nampak beriya pujuk orang untuk daftar takaful kan..
Tak kiralah untuk daftar pelan kad perubatan ke, untuk pampasan penyakit kritikal ke, untuk pampasan kematian ke atau untuk simpanan sahaja ke.
Tapi ada juga golongan yang mencari perunding takaful untuk dapatkan perkhidmatan penerangan produk untuk daftar takaful ni tanpa perlu dipujuk.
5 golongan yang mencari perunding takaful.
1. Golongan yang sudah mempunyai kesedaran sendiri.
Saya boleh kata hanya 10% sahaja orang dalam golongan ini. Kebanyakannya, insan yang tergolong dalam kategori ini adalah insan yang pandai menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.
2. Golongan yang mempunyai keluarga yang memang sudah mempunyai takaful.
Golongan ini pula boleh dikatakan hampir 30%. Kebanyakan mereka yang berusia awal 20-an tergolong dalam kategori ini.
Dimana, sejak dari kecil ibu dan ayah mereka sudah didik bila sakit masuk hospital swasta. Bila mereka sudah mempunyai kerjaya sendiri, mereka akan ambil takaful individu sendiri.
3. Golongan yang ikut-ikutan
Insan yang dalam golongan ini yang paling unik perangai mereka. Boleh dikatakan hampir 20% yang mempunyai perangai begini.
Bila rakan kerja atau rakan karib mereka sudah ambil takaful, secara automatik mereka juga terasa mahu ambil tanpa banyak soal.
Tetapi golongan ini yang paling bahaya, kerana selepas setahun dua mencarum dan tidak membuat sebarang tuntutan, mereka akan tutup polisi mereka dengan serta merta.
4. Golongan yang “Awareness from Impact”
Bila mana rakan atau ahli keluarga mereka sudah sakit kritikal dan tidak mempunyai dana yang cukup untuk membayar bil hospital, insan dalam golongan ini akan mula buka mata dan minda.
Golongan ini boleh dikatakan hampir 40% ambil takaful kerana ini. Kebanyakkannya insan dalam golongan ini adalah insan-insan yang sedap memakai takaful yang sudah di sediakan oleh syarikat mereka, tetapi mempunyai limit tahunan yang sedikit.
5. Golongan yang sudah terkena sakit
Golongan ini boleh dikatakan hampir 70%. Kebanyakan antara mereka yang:
i) sudah pergi ke hospital kerajaan dan perlu menunggu giliran operasi yang sangat lama
ii) mempunyai kad medikal syarikat, dan mendapati syarikat hanya cover sebahagian penyakit dan limit.
iii) dalam kecemasan dan terpaksa bawa ahli keluarga ke hospital swasta untuk mendapat rawatan segera.
Boleh dikatakan, daripda 70% itu. Hanya 10% yang diterima untuk sign up untuk mengambil takaful individu. 60% permohonan terbatal kerana sudah mempunyai rekod kesihatan yang tidak baik.
Jadi, anda tergolong dalam golongan mana?
Jika anda belum ada takaful individu lagi, boleh pm untuk mendapat konsultansi secara percuma.
.
Mohd Syamsul
wasap.my/60122249895/TakafulPlanning