Back to top

May31

14 laman web sedia stock photo percuma yang hebat

Umumnya, stock photo atau gambar yang boleh kita ambil dan guna di dalam internet secara percuma susah nak jumpa. Sebahagian besar pasaran stock photo dimiliki oleh syarikat profesional seperti Shutterstock dan 123rf, yang mengenakan 20 dolar atau lebih untuk satu gambar.

 

Walaupun kita boleh juga cari stock photo percuma, kebanyakan adalah resolusi rendah, kabur, ada watermark dan kurang menarik.

 

Anda bertuah sebab saya nak kongsi lubuk laman web yang sediakan stock photo berkualiti dan percuma lagi.

 

Berikut adalah senarai penuh kasih sayang laman web yang sediakan stock photo percuma terbaik didunia  untuk pereka, pemilik perniagaan dan semua orang lah senang cerita:

 

1. Unsplash

2. Superfamous

3. Picjumbo

4. Pixabay

5. IM Free

6. Gratisography

7. MorgueFile

8. FreeImages

9. Visual Little

10. New Old Stock

11. Picography

12. Getrefe

13. Jay Mantri

14. Public Domain Archive

 

 

 

Penjelasan Attribution dan Lesen.

Bila kita lakukan Images carian Google, gambar-gambar yang terhasil tidak semestinya anda bebas untuk segera gunakan. Dalam kebanyakan kes, gambar-gambar itu tertakluk pada hakcipta jurugambar.

 

Jika kita mencari gambar untuk digunakan dalam reka bentuk dan mahu menjaga diri kita daripada masalah hak cipta, kita perlu mencari laman web yang secara jelas mentakrifkan lesen hak cipta setiap imej. Untuk semua laman web yang disenaraikan di atas, lesen yang biasanya agak mudah untuk dicari. Secara amnya terdapat perihal lesen pada setiap halaman atau sekurang-kurangnya pautan untuk keterangan. Berikut adalah dua jenis lesen yang kita mungkin jumpa:

 

Creative Commons zero bermakna bahawa kita boleh menggunakan gambar ini dalam apa-apa cara yang kita mahu, tanpa meminta kebenaran.

 

Creative Commons with attribution bermakna bahawa kita boleh menggunakan gambar ini dalam apa-apa cara yang kita mahu, asalkan ia dikreditkan kepada pencipta gambar.

 

Jika anda menggunakan gambar jenis ini, tambah teks yang menyatakan jurugambarnya ( “Gambar oleh John Smith”) dan pastikan linkkan ke laman web mereka.

 

Pastikan anda menyemak halaman lesen setiap laman web untuk maklumat lebih detail.

 

SUMBER

in Internet, non blog

Dapatkan Update Terkini!

Isi alamat emel anda disini, dapat saya update selalu nanti.

Blog Dunia Saya : kategori

  • Buku
  • Hartanah
  • Seminar
  • Unit amanah
  • Takaful
  • ASB
  • Cherite Bezs
  • I’m Life Planner
  • Jalan-jalan
  • Lagu Pilihan
  • Pelaburan Unit Amanah
  • Penyakit kritikal
  • Perlindungan Takaful
  • Riadah
  • Hartanah untuk dijual
  • Aktiviti
  • Surah pilihan
  • Tip Jualan Hari Ini

Waktu Solat Shah Alam dan sewaktu dengannya

Pelan Perubatan Mampu Milik

kad side

CLIK SAYA

PROJEK PERUMAHAN TERKINI

violet12A

INGIN MENJUAL RUMAH ANDA?

Cara jual rumah pantas

KLIK DISINI UNTUK KAMI BANTU MENJUAL RUMAH ANDA KEPADA SENARAI PEMBELI KAMI YANG BERMINAT

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas